MEMUAT

Taip untuk mencari

Microsoft beli Activision Blizzard dalam perjanjian bernilai AS$68.7B

atq_hyprgame
Kongsi

Seperti yang kita tahu, industri permainan kini berkembang dengan sangat baik. Dan ada yang mula mahu menguasai industri permainan dengan sepenuhnya. Terbaru, Microsoft telah pun membeli/mengambil alih Activision Blizzard yang memegang platform dalam industri permainan!

Sumber: Activision
Sumber: Xbox

Microsoft kini benar-benar mahu terlibat dalam permainan secara keseluruhan! Gergasi teknologi itu berkata dalam satu pengumuman yang dibuat melalui laman rasmi Microsoft bahawa ia akan mengambil alih pembangun permainan video iaitu Activision Blizzard dalam perjanjian bernilai AS$68.7B. Ada beberapa nama permainan yang terkenal yang bakal dimiliki oleh Microsoft dari franchais Activision, Blizzard & King studios seperti “Warcraft,” “Diablo,” “Overwatch,” “Call of Duty” & “Candy Crush

Perjanjian yang bakal dibuat ini akan menyaksikan gergasi teknologi, Microsoft menjadi syarikat permainan ketiga terbesar di dunia berdasarkan dari revenue. Kini, 2 syarikat permainan terbesar di dunia dipegang oleh Sony & Tencent.

Activision Blizzard ialah kuasa kreatif di sebalik tajuk permainan yang sangat popular seperti Call of Duty, World of Warcraft, Diablo & Overwatch. Activision sertai portfolio studio permainan Microsoft yang turut merangkumi perniagaan Xbox milik Microsoft sendiri & pengambil alihan lain Microsoft seperti Bethesda.

Sumber: Microsoft

Apakah yang dimaksudkan dengan pengambil alihan Microsoft terhadap Activision Blizzard?

Dalam pembelian atau pengambil alihan, memang sesuatu syarikat akan mempunyai kelebihan untuk akses semua hak milik sesuatu syarikat yang lain. Seperti Microsoft yang mengambil alih Activision Blizzard.

Microsoft kini akan mempunyai akses kepada hampir 400 juta pengguna bulanan Activision Blizzard, memberikannya rangsangan besar dalam usahanya untuk mengembangkan platform permainannya merentasi beberapa jenis permainan seperti mudah alih, PC & konsol.

Sumber: The New York Times @ Twitter
Sumber: Marc @ Twitter

Perjanjian itu juga menjadikan portfolio Game Pass Microsoft jauh lebih menarik. Microsoft berkata bahawa ia mempunyai rancangan untuk melancarkan permainan Activision Blizzard sebagai sebahagian daripada Game Pass yang sudah mempunyai lebih 25 juta pelanggan. 

Dalam pengumuman itu juga, Microsoft menyatakan bahawa perjanjian tersebut akan menyediakan blok bangunan untuk metaverse bagi mengukuhkan lagi syarikat mereka. Metaverse telah menarik sejumlah besar pelaburan. Ia akan meletakkan persaingan secara langsung dengan Facebook di mana syarikat itu juga telah menamakan semula syarikat induknya kepada Meta.

Perjanjian di antara Microsoft & Activision Blizzard ini bukanlah perjanjian dalam jangka masa yang tedekat. Ia dijangka akan dimuktamadkan sehingga pertengahan 2023. Bobby Kotick yang merupakan CEO Activision Blizzard berkata bahawa syarikat itu akan terus beroperasi sepenuhnya secara autonomi. 

Sumber: Nibel @ Twitter
Sumber: Nibel @ Twitter

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *