MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: , ,

Alamak ! kena banned dekat Semi Finals BGIS ?

Kongsi
Alamak ! kena banned dekat Semi Finals BGIS ?

Kecoh! PUBG Mobile India terkejut selepas mendapati salah seorang daripada peserta kejohanan BGIS dikenakan banned secara terang-terangan ketika pusingan semi finals dimainkan semalam.

Sebelum ini, terdapat dua pasukan telah hilang kelayakkan mereka ketika bermain di peringkat kumpulan BGIS, setelah didapati mereka bermain secara tidak adil. Perkara itu sahaja telah menimbulkan kontroversi di kalangan komuniti PUBG Mobile India, dan disebabkan itu juga kelayakkan ke pusingan Semi Finals telah diberikan kepada pasukan yang lain.

Kali ini, semasa pusingan Semi Finals dimainkan di peta Sanhok, ramai yang terkejut selepas (Ban Pan) muncul di paparan screen mereka. Salah seorang daripada pemain pasukan 247 dikenakan banned seumur hidup dan itu yang mengejutkan bagi para peminat dan juga penonton selepas ia berlaku ketika kejohanan rasmi sedang berlangsung.

Penjelasan yang diberikan oleh pasukan 247 sedikit mencurigai pihak penganjur dan komuniti, selepas mereka membeli alasan terdapat permasalahan terhadap login permainan itu. Walau bagaimanapun, sistem anti-cheats yang ditubuhkan bukanlah sekadar hiasan, sistem itu mengenal pasti sekiranya salah satu peranti ataupun akaun pengguna pernah menggunakan cheats yang melanggar hukum permainan itu sendiri.

Perkara ini menjadi tular di Youtube dan ramai telah memberikan pendapat mereka sendiri. Selepas perkara ini terjadi berkemungkinan pasukan 247 akan dikeluarkan secara langsung dan mungkin pemain mereka akan dilarang untuk bermain di mana-mana kejohanan rasmi India selepas ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *