MEMUAT

Taip untuk mencari

Riot umumkan roadmap Wild Rift Esports untuk Season 2022

atq_hyprgame
Kongsi

Wild Rift Global Championship Icons akan memulakan kejohanan rasmi mereka pada musim panas ini untuk menobatkan juara dunia rasmi Wild Rift. 

Selepas Riot berjaya menamatkan pra musim bagi Horizon Cup pada tahun lepas, League of Legends: Wild Rift Esports akan mula membuka kejohanan mereka. Semasa siaran langsung Riot Games Musim 2022, informasi tentang hala tuju e-sukan MOBA itu untuk tahun ini telah pun diumumkan.

Sumber: Riot

Musim rasmi pertama bagi Wild Rift akan bermula tidak lama lagi dengan 8 liga serantau di seluruh dunia bakal dimainkan. Riot ada mengatakan dalam siaran langsung tersebut bahawa 8 liga serantau ini akan menjadi asas kepada struktur persaingan global Wild Rift Esport, membawa rasa & gaya unik mereka sendiri kepada e-sukan tersebut. 

Musim pertama bagi Wild Rift Esports akan berlangsung dari Januari hingga Mei. 8 liga serantau yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan Musim 2022 Wild Rift adalah:

  • Wild Tour Brasil — 13 Januari 2022
  • Wild Rift Champions SEA — 22 Januari 2022
  • Wild Rift Latino America OPEN — 28 Januari 2022
  • Wild Rift Championship EMEA — 5 Februari 2022
  • Wild Rift Champions KOREA — 14 Februari 2022
  • Wild Rift North America SERIES — Februari 2022
  • Wild Rift Cup JAPAN — Februari 2022
  • Wild Rift LEAGUE — Mac 2022

Kejohanan global rasmi pertama Wild Rift Esports — Wild Rift Global Championship Icons 

Dalam siaran langsung tersebut, Riot juga telah mengumumkan kejohanan global rasmi pertama mereka yang bakal diadakan pada musim panas ini di Eropah. Wild Rift Global Championship Icons akan diadakan secara offline.

Kejohanan itu akan membawa 24 pasukan dari liga serantau. 8 daripada mereka akan layak terus ke acara utama. Manakala 16 pasukan akan mengunci tempat mereka di peringkat play-ins. Acara utama akan menampilkan 3 peringkat utama; peringkat kumpulan, kalah mati & peringkat akhir.

Kalau dilihatkan, banyak kejohanan-kejohanan besar membuka arena terbesar mereka menjelang akhir tahun ini, tetapi untuk Wild Rift Esports, mereka step up the game dengan mengadakan acara utama e-sukan tersebut pada musim panas ini. 

Sumber: Riot

Liga Asia Tenggara bagi Wild Rift Champions SEA akan bawakan 6 sub-rantau

Wild Rift Champions SEA (WCS) yang merupakan liga serantau bagi Asia Tenggara akan melibatkan 6 sub-rantau kompetitif termasuk Hong Kong & Taiwan, Malaysia & Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand & Vietnam. Pendaftaran untuk kelayakan terbuka telah pun dibuka sehingga 15 Januari ini. 

Kelayakan terbuka WCS akan dijalankan dalam format Swiss Bracket. Setiap pasukan akan bermain 7 pusingan BO3 & pasukan akan tersingkir terus jika mereka mengumpul 3 kekalahan perlawanan. 8 pasukan teratas akan mara ke peringkat kalah mati, di mana mereka akan bersaing dalam double elimination bracket untuk melayakkan diri ke regular season

Sumber: Riot
Sumber: Riot

Bagi regular season, ia akan bermula pada 25 Februari sehingga 27 Mac. Regular season akan berlangsung selama 5 minggu dalam format double round-robin. 8 pasukan termasuk yang mara melalui kelayakan terbuka & yang dijemput secara langsung akan bermain 2 kali menentang setiap pasukan dalam format BO3. 6 pasukan teratas kemudiannya akan mara ke playoffs WCS yang berlangsung dari 1 April sehingga 10 April.

Wild Rift Global Championship Icons telah pun diumumkan. Kejohanan itu bakal berlangsung pada musim panas ini di Eropah secara offline! Wild Rift Icons akan menjadi peringkat tertinggi dalam permainan kompetitif Wild Rift & akan menobatkan juara dunia Wild Rift yang pertama.

Semua informasi ini diambil & diterjemahkan dari Dot Esports serta laman rasmi Riot Games sendiri. Buat masa sekarang, informasi tentang pasukan yang akan sertai liga serantau bagi WCS masih belum diberitahu.

Kami di Hyprgame akan mengemaskini semua informasi baru bagi kejohanan Wild Rift terutamanya Wild Rift Champions SEA (WCS) & Wild Rift Global Championship Icons.

Sumber: Riot

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *