MEMUAT

Taip untuk mencari

Berharap India kembali ke Esport Global – Direktor Tencent

Kongsi
Berharap India kembali ke Esport Global - Direktor Tencent

PUBG Mobile sememangnya popular di India semasa pelancarannya pada 2018. Permainan itu telah mencatat sebanyak lebih daripada 50 juta pemain yang aktif dalam carta bulanan sehingga tahun 2020. Dengan populasi penduduk dan penggemar esport semestinya negara itu menjadi target buat esport scene yang boleh menarik sebanyak beratus ribu peminat.

Walau bagaimanapun, India telah melarang PUBG Mobile daripada negara itu atas isu kebimbangan privasi data pada 2 September 2020. Perkara itu telah memberi tamparan hebat kepada pemain-pemain profesional India hingga India sendiri mewujudkan Battleground Mobile India (BGMI) yang telah diterbitkan oleh Krafton syarikat daripada Korea.

Credit : Guru Gamers

Tidak seperti China, kejohanan BGMI kekal di dalam negara mereka iaitu India. Manakala kejohanan China walaupun mempunyai PUBG Mobile mereka sendiri tetapi mereka seiring bersama Tencent dan boleh bertanding di peringkat PMGC bersama pasukan-pasukan PUBG Mobile di seluruh negara kecuali India.

Direktor Tencent James Yang telah mengungkapkan bahawa beliau berharap dapat melihat kelibat pasukan-pasukan profesional daripada India yang turut bertanding di kejohanan PMGC. Peminat-peminat juga ingin merasakan lagi kemeriahan sewaktu India turut serta di PMWL yang sebelumnya.

Tetapi kedengaran bahawa terdapat pasukan daripada India yang telah menerima jemputan secara langsung ke Grand Final PMGC 2021 yang telah dimulakan hari ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya