MEMUAT

Taip untuk mencari

Permulaan baru bagi OG? Sockshka keluar dari pasukan

Kongsi
Permulaan baru bagi OG? Sockshka keluar dari pasukan

Satu lagi berita buruk untuk peminat OG, Jurulatih Dota 2 OG Sockshka meninggalkan OG selepas tiga tahun menjadi jurulatih untuk salah satu pasukan Dota 2 terbaik sepanjang zaman. OG mengumumkan berita ini pada 12 November di akaun twitter mereka dan dengan ini OG akan memasuki fasa membina semula sepenuhnya.

Credit to : TheEsportLore

Sockshka juga bahawa beliau telah memperolehi kenangan yang sangat hebat, dan selama 3 tahun bersama pasukan itu akhirnya daripada pemain sudah boleh dianggap sebagai kawan. Sockshka juga selalu bersyukur dan berterima kasih kepada setiap pemain ataupun staff yang bersama OG.

Pasukan OG merupakan dua kali Juara The International dan pemainnya memutuskan untuk mengambil haluan masing-masing bagi meneruskan kerjaya mereka. Selepas memenangi TI 9, dua orang pemain mereka iaitu Jerax dan Ana memutuskan untuk bersara daripada pro scene Dota 2 selepas memenangi TI secara berturut-turut. Menurut khabar angin, tiga orang lagi pemain OG itu mungkin akan bersara atau berehat daripada menjadi pemain pro Dota 2.

Credit to : YT HolyHeXor

Selepas kejohanan TI 9 OG telah mencuba banyak pemain yang berbeza dan menukar posisi pemain mereka tetapi tidak pernah menemui barisan pemain yang stabil dan melengkapi pasukan itu. Ketidakstabilan ini juga dapat dilihat dalam musim DPC OG dan prestasi semasa di kejohanan TI 10.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya