MEMUAT

Taip untuk mencari

TopCast kini jurulatih dan pengurus NSP

Kongsi
TopCast kini jurulatih dan pengurus NSP

Muhammad Amirul Hazim Alias atau dikenali sebagai TopCast merupakan pengulas profesional dan penganalisis PUBG Mobile. Beliau yang sebelum ini adalah pengurus pasukan DR Taugeh Ayam atau dikenali sebagai pasukan Axis RedOne yang telah bertanding di kejohanan PMPL SEA baru-baru ini.

Pada akhir bulan August, TopCast telah diambil oleh organisasi NSP Esport sebagai penganalisis pasukan PUBG Mobile mereka iaitu NSP Astra semasa mereka ingin bertanding di kejohanan PMPL MY/SG.

Walau bagaimanapun, pasukan NSP Astra gagal untuk melayakkan diri ke pusingan Grand Final PMPL MY/SG dan tersingkir di tempat yang ke 20. Mereka perlu bermula daripada pusingan PMCO untuk melayakkan pasukan memasuki kejohanan PMPL MY/SG musim ke 5 yang akan diadakan tahun hadapan.

Credit to : FB NSP ESPORT

Semalam, pengumuman berkenaan TopCast yang sebelum ini hanyalah analisis buat pasukan NSP Astra telah mengambil alih sebagai jurulatih dan pengurus pasukan itu. Dengan kemahiran analisis yang sangat baik dan beliau juga seorang pemain PUBG Mobile semestinya pasukan itu akan membuat satu langkah yang baharu untuk berjaya di kejohanan yang akan datang.

Tahniah kepada TopCast secara rasminya telah menjadi jurulatih dan pengurus pasukan NSP Astra, semoga TopCast dapat membimbing pasukan NSP Astra ke puncak kejayaan. Kembali dengan kekuatan dan mentaliti yang baharu, semoga maju jaya TopCast dan NSP.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *