MEMUAT

Taip untuk mencari

Pemain CODM, RanGer sertai roster RSG di SEACA Major Public

atq_hyprgame
Kongsi

Wow! Pemain CODM bagi pasukan RSG Malaysia iaitu RanGer akan sertai roster PUBG Mobile RSG di UniPin SEACA Major Public

RSG Malaysia akan berentap bersama-sama dengan 15 pasukan Asia Tenggara yang terdiri daripada Indonesia, Filipina, Thailand dan Brunei

16 pasukan yang akan berentap di Grand Finals SEACA Major Public

NegaraPasukan
Indonesia• Bigetron Red Aliens
• EVOS Reborn
• BOOM Esports
• TF2W Abidin
• GSpace Commander
• Grimz Seven SEA
• Aditama Esports
• Victim Sovers
• Masadepan Dream
• Skylightz Reverse Blue
Malaysia• Fanx My
• RSG
Thailand• Pinkgold Esport
• Excelsior
Filipina• OGG Blitz
Brunei• Traitor X GFS
Sumber: UniPin

Roster baru PUBG Mobile bagi pasukan RSG di Grand Finals SEACA Major Public ini memberi sedikit kelainan di mana 2 pemain baru akan melengkapkan roster mereka di kejohanan itu. Salah satu daripada mereka adalah RanGer.

RanGer merupakan pemain CODM bagi pasukan RSG yang pernah menjuarai CODM: MYSG Championship 2021 bersama dengan pasukan beliau. 

Sumber: RSG Malaysia

Di laman Instagram RanGer, beliau ada beberapa kali memuat naik posting di Instagram story menunjukkan bahawa beliau kerap kali mengikuti scrim PUBG Mobile bersama dengan RSG.

RSG akan turut bersama-sama dengan satu lagi pasukan Malaysia iaitu Fanx My di Grand Finals SEACA Major Public. RSG akan bermain dengan sebahagian daripada roster PMPL MYSG S4 iaitu Rex, Smallboy & Kim serta 2 tambahan pemain, RanGer & Luk.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *