MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

PUBGM Lancarkan Aftermath Mode

ai hyprgame
Kongsi
PUBGM Lancarkan Aftermath Mode

“New Stage, New System, New Supplier.” Ya inilah yang akan pemain PUBG Mobile nikmati daripada Aftermath baharu didalam battleground nanti.

Kredit : PUBG Mobile

PUBG Mobile sekali lagi telah melancarkan Aftermath baharu bagi versi 2.3 yang akan menawarkan pelbagai kelebihan dan kemudahan kepada pemain-pemain.

Untuk pengetahuan anda, Versi rasmi ini akan mengekalkan kelajuan didalam permainan ketika berperang disamping penambahan kandungan baharu yang lebih banyak.

Seperti biasa untuk kemaskini pertama adalah dengan menyediakan pelbagai stage atau kawasan yang berbeza seperti di Livik, Erangel, Nusa, Dan Random Maps. Aftermath yang baharu kini telah menjadi asas kepada Livik map dengan penambahan 8 Bunkers dan 4 Guard Posts kedalam peta ini.

Pemain akan menjumpai pelbagai Military Supplies didalam kedua-dua Bungkers dan Guard Posts ini. Sudah tentu pemain akan melalui cabaran dan risiko untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran yang terkandung didalamnya. Anda perlu berhadapan dengan penjaga di kawasan tersebut untuk mendapatkan item yang diingini ini.

Apa kata anda layan dulu video Youtube PUBG Mobile yang kami sediakan disini untuk pengetahuan lebih terperinci mengenai Aftermath dengan versi baharu ini.

Malahan, menerusi update ini juga beberapa perubahan telah terjadi kepada item perubatan seperti kit kecemasan, minuman tenaga kini tampil berbeza secara sepenuhnya. Jadi pemain akan pulih dengan cepat menggunakan kit kesihatan yang baharu ini. Tambahan lagi penggunaan kit ini tidak lagi terhad kepad 75%, Dimana anda akan mendapat meter tenaga baharu selepas meminum minuman tenaga ini.

Energy Meter (Meter Tenaga) ini pula tidak akan berkurangan sedikit demi sedikit , Jika anda terkena serangan tenaga baharu ini akan memulihkan serta-merta.

Jadi apa tunggu lagi? Ajak rakan-rakan anda sekarang ke medan PUBG Mobile dan alaminya sendiri!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *