MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

SMG Bubar, Ahli Pasukan Kini Jadi Free Agent

ai hyprgame
Kongsi
SMG Bubar, Ahli Pasukan Kini Jadi Free Agent
Kredit : Liquipedia

Usai sudah pengumuman rasmi tentang pasukan SMG telah dibubarkan daripada divisi PUBG Mobile secara automatiknya kini ahli pasukan mereka juga sudah rasminya bertukar status kepada Free Agent dan bebas untuk meneroka peluang baharu buat kerjaya mereka

Team SMG merupakan organisasi esukan di Asia yang bergiat aktif didalam beberapa divisi seperti PUBG Mobile, Mobile Legends, Peacekeeper Elite (PUBG Mobile versi China), Dan juga Valorant di Singapura

Kredit : Arked

Malahan SMG juga merupakan singkatan nama kepada Still Moving Under Gunfire yang juga mula dikenali oleh penyanyi China JJ Lin dan China Digital Culture (Group) Ltd di China.

Line SMG Malaysia yang terdiri daripada Mail, Jenny, Shinzi dan Hinn kini telah disahkan sebagai Free Agent.

Kemanakah haluan kesemua mereka ini nanti? Adakah akan menyertai mana-mana divisi esukan di Malaysia atau berehat untuk seketika sebelum beraksi semula di pentas kompetetif ini?

Walau apa keputusan mereka, Sebagai sebahagian komuniti esukan di Malaysia kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan perjalanan kerjaya mereka dipermudahkan.

Setiap permulaan pasti akan ada pengakhirannya. Begitulah juga dengan Team SMG yang ditubuhkan sejak 2020 lagi. Pada 9 Disember 2022 Team SMG secara rasminya telah dibubarkan

Sepanjang penglibatan mereka didalam arena esukan kompetetif ini, Mereka telah menimba pelbagai pengalaman termasuklah di Squad UP 2020, PMPLMYSG S2, PMPL SEA S2, Mineski Masters Series PUBG Mobile 2021, PMPLMYSG S3, PUBG Mobile XOX Unity League 2021, Malaysian Esports Selection 2022, PMPLMYSGPH Spring 2022, Dan PMPLMYSGPH Fall 2022

Komuniti esukan di Malaysia dan peminat PUBG Mobile khususnya berterima kasih kepada divisi ini kerana telah menyerikan sekaligus memberikan saingan sengit sepanjang penglibatan mereka didunia esukan kompetetif.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel sebelumnya

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya