MEMUAT

Taip untuk mencari

Pistol Klasik di nerf oleh Riot

Kongsi
Pistol Klasik di nerf oleh Riot
Credit : RiotGames

Selepas menjadi isu hangat dalam kalangan komuniti VALORANT, Riot Games akhirnya telah melakukan sesuatu terhadap right click pistol klasik dalam Patch 3.09 hari ini.

Pistol klasik itu telah menjadi bualan hangat dan tidak seimbang dalam permainan itu, dengan satu tembakan jarak dekat dapat membunuh pihak lawan. Pistol klasik yang percuma itu juga mampu memenangi pertempuran sekiranya pemain membuat tembakan sambil melompat.

Dalam patch 3.09, Riot telah mengurangkan ketepatan pistol dengan sangat ketara setiap kali pemain bergerak. Sebagai contoh, tembakan rambang pistol itu meningkat daripada 1.95 kepada 2.5 sekiranya pemain cuba untuk membuat run and gun dan yang paling drastik semasa ia menembak sambil melompat telah berubah daripada 3.0 kepada 4.0

Dengan perubahan tembakan yang dikeluarkan oleh pistol klasik ini membuatkan ia digunakan semasa ia berlawan dengan musuh yang sangat hampir dengannya. Sebelum ini tembakan daripada klasik mampu membunuh lawan walaupun lawan itu berada sedikit jauh daripada penembak.

Di bawah adalah sedikit sorotan daripada pemain professional Shazam daripada pasukan Sentinel ketika ia cuba untuk menggunakan pistol itu untuk membunuh lawan.

Dengan nerf yang dibuat ini, tidak pasti sama ada ia masih mengimbangi permainan. Riot yang hanya mendengar rintihan komuniti berkenaan pistol itu telah mengambil langkah yang sebaiknya. Setakat ini patch 3.09 tidak mengubah senjata yang lainnya. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *