MEMUAT

Taip untuk mencari

Slydd jurulatih Sem9Gank

Kongsi
Slydd jurulatih Sem9Gank
Credit : Sem9Gank Facebook

Sebelum ini pasukan Sem9Gank yang telah kehilangan jurulatih mereka akibat daripada jangkitan virus Covid-19 telah mendapat pengganti untuk membimbing pasukan itu di kejohanan yang akan datang.

Organisasi itu secara sah telah mengambil Slydd sebagai jurulatih rasmi buat pasukan PUBG Mobile mereka iaitu Sem9Gank. Slydd yang sebelum ini merupakan bekas pemain PUBG PC professional telah beralih platform dan menjadi jurulatih buat pasukan Anti Circle.

Slydd juga merupakan kawan rapat arwah Hahagus dan arwah juga yang membawanya untuk menjadi jurulatih buat pasukan Anti Circle sebelum ini. Pencapaian Slydd terhadap pasukan yang dibimbingnya sebelum ini juga telah mendapat jemputan secara langsung untuk bertanding di kejohanan PMPL MY/SG Musim ke 3.

Beliau yang pada mulanya dihubungi oleh ketua pasukan Sem9Gank iaitu ManParang untuk membimbing pasukan itu semasa kejohanan PMPL MY/SG musim ke 4 berlangsung. Tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan Sem9Gank selepas mereka gagal untuk mara ke peringkat PMPL SEA selepas pelbagai dugaan yang terjadi terhadap mereka.

Dengan kehadiran Slydd sebagai jurulatih rasmi Sem9Gank yang telah diumumkan hari ini oleh pihak pengurusan Sem9Gank di laman Facebook rasmi mereka, beliau menggalas tanggungjawab untuk membimbing pasukan itu di kejohanan PMPL musim hadapan. 

Semoga adanya Slydd perubahan kepada pasukan Sem9Gank akan lebih menyerlah dan mendapatkan rentak mereka yang telah hilang sebelum ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya