MEMUAT

Taip untuk mencari

Pistol Klasik harus di nerf ?

Kongsi
Pistol Klasik harus di nerf ?

Pistol Klasik terus menjadi topik hangat di kalangan pemain Valorant, kerana ada yang masih mempercayai pistol itu terlalu overpower.

Klasik menjadi pilihan di kalangan pemain sentinel dan controller yang menggunakan creds(duit) di pusingan pistol untuk membeli utiliti dan perisai di awal permainan. Walaupun sesetengah pemain memilih untuk menaik taraf pistol mereka tanpa membeli sebarang perisai di awal permainan.

Terdapat pelbagai nerf di patch 2.0 yang dilakukan oleh Riot, tetapi pemain masih percaya pistol klasik merupakan pistol yang tidak adil. Tembakan burst klasik ini mampu membunuh pihak musuh dengan sekali tembak di kepala sekiranya musuh mempunyai perisai penuh.

Adakah klik kanan Klasik perlu di nerf?

Klasik mungkin kelihatan seperti senjata yang terlalu kuat, tetapi ia sebenarnya seimbang dengan sempurna dalam meta permainan buat masa sekarang. Daya maju sidearm bergantung pada nyawa, perisai, dan jarak musuh.

Alt-fire atau burst fire memberikan pemain untuk mempunyai tembakan yang diperlukan untuk bertahan pada pusingan pertama. Jika pistol klasik di nerf, semua ejen akan dipaksa ke dalam kategori yang sama, menghilangkan aspek utility Valorant. 

Credit : YT Drzora

Pada masa ini, Klasik merupakan pistol yang teruk bagi tembakan jauh tetapi ia memberi kelebihan dalam pertempuran jarak dekat dan ketika melompat, menjadikannya senjata hit-or-miss.

Patch 2.0 nerf sangat mengimbangi sidearm dengan meningkatkan ralat menembak dalam pergerakan. Sebelum ini, mod tembakan letupan Klasik adalah sangat tepat, walaupun ketika menembak ketika di udara. Dengan meningkatkan penyebaran peluru selepas setiap percubaan, Riot mengurangkan keupayaan tembakan right click secara beruntun Classic.

Memandangkan meta Valorant sekarang masih lagi seimbang, kemungkinan tiada perubahan baharu pada mana-mana senjata, termasuk pistol Klasik.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya