MEMUAT

Taip untuk mencari

MPLI 2021 akan kembali dengan konsep Captain’s Draft

atq_hyprgame
Kongsi

Mobile Legends Professional League Invitational 2021 (MPLI 2021) merupakan kejohanan yang dibuat atas kerjasama ONE Esports bersama dengan MOONTON Games. 

MPLI 2021 akan mula membuka arena mereka pada 2 November 2021 pada pukul 1 tengah hari MYT. 

Sumber: ONE Esports

Sebanyak 20 pasukan profesional Mobile Legends: Bang Bang yang akan mengikuti MPLI pada tahun untuk merebut wang hadiah terkumpul sebanyak $100,000 USD

20 pasukan itu terdiri daripada 8 pasukan dari Indonesia, 1 pasukan dari Kemboja, 3 pasukan dari Malaysia, 6 pasukan dari Filipina dan 2 pasukan dari Singapura. 

Apa itu konsep Captain’s Draft? 

Seperti tahun lepas, MPLI 2021 juga akan menampilkan format Captain’s Draft yang akan menentukan bracket di pusingan pertama. 

Berikut merupakan format bagi ONE Esports MPLI 2020:

Sumber: ONE Esports

4 juara MPL dari Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura secara automatik akan terus ke quarterfinal dan menunggu pasukan lawan mereka di bracket yang telah ditetapkan. 

Captain’s draw akan diadakan pada 31 Oktober pada pukul 7 malam MYT. Ia akan disiarkan secara langsung dalam bahasa Inggris di platform TikTok, Facebook, Twitch, Twitter dan Youtube ONE Esports. 

Draw diadakan bagi menentukan pasukan lawan di dalam bracket nanti. Bagi juara di setiap wilayah, mereka akan terus ke suku akhir.

Format yang akan digunakan di MPLI 2021 adalah sama seperti format MPLI 2020.

Sumber: ONE Esports

Pasukan manakah yang akan menyertai MPLI 2021? 

MPLI 2021 akan bermula pada 2 November 2021 pada pukul 1 tengah hari MYT dan akan menamatkan acara mereka pada 7 November 2021 pada pukul 1 tengah hari MYT. 

Ini merupakan 20 pasukan di MPLI 2021: 

  • Kemboja — See You Soon
  • Indonesia — Alter Ego, AURA Fire, Bigetron Alpha, EVOS Legends, Geek Fam ID, Rebellion Genflix, ONIC Esports, RRQ Hoshi
  • Filipina — Blacklist International, Echo, Nexplay Evos, ONIC PH, RSG PH, SMART OMEGA
  • Malaysia — Orange Esports, TODAK, SMG
  • Singapura — EVOS SG, RSG SG 

Kejohanan akan disiarkan dalam empat bahasa iaitu Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu, Bahasa Inggris dan Bahasa Filipina. Acara ini juga disiarkan langsung di platform Facebook, TikTok, Twitch, Twitter, dan YouTube ONE Esports.

Jangan lupa untuk mengikuti Hyprgame untuk mengetahui update terkini dan perlawanan yang bakal berlangsung di Mobile Legends Professional League Invitational 2021 (MPLI 2021).

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *