MEMUAT

Taip untuk mencari

BTR tunjukkan prestasi selepas berkumpulnya roster mereka di GH

atq_hyprgame
Kongsi

Seperti yang diketahui, uHigh telah pun sampai di Indonesia pada 15 October yang lalu untuk bersama dengan pasukan beliau bagi meningkatkan lagi fokus dan chemistry.

Kini, di SEA Championship, uHigh sudah pun berkumpul bersama-sama dengan roster Red Aliens yang lain — Ryzen, Luxxy, Zuxxy, Liquid & Kingz. 

Sumber: Bigetron Esports

Sebelum ini, di PMPL ID S4, uHigh tidak bersama dengan Red Aliens di gaming house atas sebab-sebab tertentu. 

Ketiadaan uHigh di gaming house bukanlah punca mengapa BTR kurang perform di PMPL ID S4. Tetapi dengan adanya mereka bersama-sama di dalam satu ruang, ia dapat melancarkan lagi komunikasi dan keputusan yang akan dibuat. 

Namun, BTR masih memberikan yang terbaik di PMPL ID S4 sehingga berjaya melayakkan diri ke SEA Championship S4. 

Prestasi BTR Minggu Pertama — Weekday & Super Weekend

Bercakap tentang SEA Championship S4, pada Minggu Pertama Weekday membuka tirai, prestasi BTR kurang menyerlah.

Namun, BTR masih mampu untuk lepas ke Super Weekend. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Perkara yang paling menarik tentang BTR adalah mereka selalu membuat perkara “mustahil” menjadi “tidak mustahil”.

Contohnya di Weekday, mereka tidak berapa menunjukkan taring mereka seperti sebelum-sebelum ini. Tetapi mereka masih mampu layak ke Super Weekend. 

Pasukan itu ketika itu menamatkan kedudukan di Weekday di tempat ke-14. Boleh dikatakan cukup-cukup makan sahaja buat BTR lepas ke Super Weeekend.

Di Minggu Pertama Super Weekend, BTR menamatkan kedudukan di tempat ke-6 dengan 125 mata berbekalkan 2 Chicken Dinner. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Pembukaan Minggu Kedua Super Weekday — Hari Pertama sangat memberangsangkan buat pasukan gergasi Indonesia, BTR. 

Kelengkapan roster BTR di gaming house memberi impak yang positif di mana banyak kelebihan yang BTR ada jika kesemua pemain mereka bermain di satu ruang yang sama. 

Baru sahaja bermain bersama dengan BTR scara fizikal di gaming house, uHigh sudah pun mendapatkan MVP di Match 2 — Sanhok. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Semoga BTR kekal konsisten dan mengunci kedudukan di Minggu Kedua Super Weekend.

Setakat Hari Pertama Minggu Kedua Weekday dimainkan, BTR mendominasi kedudukan di tempat pertama dengan 64 mata berbekalkan 1 Chicken Dinner.

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Siaran langsung PMPL SEA S4 League boleh ditonton di laman rasmi Facebook dan Youtube PUBG Mobile:

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *