MEMUAT

Taip untuk mencari

Setup Killjoy di Fracture

Kongsi
Setup Killjoy di Fracture

Valorant adalah permainan FPS taktikal yang mempunyai pelbagai ejen dengan kemampuan yang unik. Permainan ini bergantung pada strategi sebelum masuk ke dalam pertempuran, dan Killjoy adalah salah satu ejen terbaik di Valorant, tergolong dalam jenis ejen Sentinel.

Ejen Killjoy mempunyai kit yang mampu untuk membuat perangkap bagi meningkatkan pertahanan pasukannya. Killjoy mempunyai Molly, Alarm Bot dan Turret yang berfungsi untuk menghadapi serangan pasukan lawan.

Bagi pengguna setia Killjoy semestinya mereka memanfaatkan kemampuan ejen itu sebaiknya. Dengan keluaran peta baharu Fracture, pemain-pemain lebih menggunakan Killjoy untuk mengenal pasti kedudukan musuh dan menyekat mereka daripada serangan mengejut.

sumber : YT CaMbCaMb

Fracture yang mempunyai banyak sudut yang terbuka itu, menyukarkan pasukan yang sedang berada dalam posisi pertahanan. Di kawasan A mempunyai tiga cara untuk menawan site itu, dengan adanya KJ membolehkan beliau untuk mencari info keberadaan musuh di bahagian A Drop, dan meletakkan Alarm di pintu masuk A main.

Manakala di kawasan B site pula, KJ lebih mudah untuk mendapatkan info dengan meletakkan Turret di atas generator ataupun di atas greenbox yang berada di tengah-tengah site, Alarm bot dan Molly pula di letakkan di B Tower bagi menghalang musuh untuk memasuki Site daripada arah belakang.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *