MEMUAT

Taip untuk mencari

Pasukan Malaysia masih mendominasi liga PMPL SEA

Kongsi
Pasukan Malaysia masih mendominasi liga PMPL SEA

Satu pencapaian yang menakjubkan bagi pasukan-pasukan tanah air yang mewakili Malaysia di kejohanan PMPL SEA musim ke 4 tahun ini. Mereka yang bersaing dengan pelbagai pasukan yang mewakili negara-negara SEA telah menawan tangga 10 teratas dalam carta liga minggu yang pertama.

Source : PUBGM ESPORT MALAYSIA

Walau bagaimanapun salah satu pasukan yang mewakili tanah air iaitu pasukan Secret masih lagi tidak mendapat rentak untuk mengikuti 3 buah pasukan Malaysia yang lain di dalam carta liga minggu pertama. Pasukan Secret yang berada di tangga ke 10 dengan pungutan mata sebanyak 98 mata tanpa memperolehi sebarang Chicken Dinner.

Manakala pasukan 4Rivals berada di tangga ke 2 dengan 140 mata dan memperolehi sebanyak 2 WWCD sepanjang liga minggu pertama di mainkan. Mereka yang mengekalkan konsistensi itu telah membuahkan hasil untuk kekalkan berada tiga teratas dalam carta.

Pasukan Geek Fam yang berada di tangga 3 teratas dengan 137 mata telah menunjukkan perkembangan yang pesat sehingga dikatakan rivals buat pasukan BTR RA selepas Geek Fam menunjukkan taktikal rotasi yang sangat menakjubkan di kejohanan PMPL MY&SG sebelum ini.

Di tangga ke 4, pasukan AXIS semestinya dikenali sebagai pasukan full man power setelah diambil alih oleh Vokey sebagai IGL mereka, walaupun tidak mempunyai sebarang Chicken Dinner tetapi mereka masih mampu untuk berada di tangga 4 teratas dengan permainan yang konsisten dan mencari mata kedudukan setinggi boleh sepanjang permainan liga berlangsung.

Source : Liquipedia

Masih berbaki 2 minggu bagi Liga PMPL SEA, banyak perkara boleh terjadi dalam masa 2 minggu ini. Kami mengharapkan supaya pasukan-pasukan yang mewakili Malaysia ini terus memecut untuk berada di puncak carta liga dan mengharumkan nama Malaysia di mata esport dunia.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *