MEMUAT

Taip untuk mencari

Paper Rex juara KJC Esport Invitational

Kongsi
Paper Rex juara KJC Esport Invitational

Pasukan Paper Rex baru-baru ini menjuarai KJC Esport VALORANT Invitational dengan membawa hadiah sebanyak $3,000 USD. Pasukan PRX merupakan pasukan yang telah di jemput secara langsung untuk bermain di pusingan PlayOffs bagi acara itu.

Pasukan Secret juga telah menerima jemputan secara langsung untuk bermain di PlayOffs, tapi malang buat mereka setelah dikalahkan oleh pasukan Onic 0-2 dan mereka tersingkir di lower bracket setelah kalah telak oleh pasukan LVR 1-2.

Walau bagaimanapun, pasukan PRX telah mendominasi kesemua match yang dimainkan sepanjang pusingan PlayOffs berlangsung. Mereka telah menewaskan pasukan Foxy Araikordai dengan 2-0, selepas itu mereka juga yang meletakkan pasukan LVR di lower bracket dengan mata 2-0.

Di pusingan Upper Bracket Final, pasukan PRX bertemu dengan pasukan Bleed eSports. Mereka mempunyai match yang sengit tetapi PRX berjaya menewaskan mereka 2-1 dan bertemu semula pasukan itu di Grand Final.

Pusingan Grand Final yang menggunakan format Bo3 meletakkan pasukan PRX dengan mata 3-0 terhadap Bleed eSport yang cuba bangkit selepas menewaskan pasukan Kingsmen di Lower Bracket Final.

PRX Forsaken

Tahniah buat pasukan Paper Rex telah berjaya menjadi juara dan merupakan pasukan yang berpengalaman selepas dapat bertanding dengan pasukan-pasukan besar di luar sana. Tahniah sekali lagi buat anggota pemain PRX iaitu D4v41, MindFreak, F0rsaken, Jingg, Benkai dan Shiba.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *