MEMUAT

Taip untuk mencari

Ryzen bengang apabila uHigh dikatakan beban

Kongsi
Ryzen bengang apabila uHigh dikatakan beban

Baru-baru ini Ryzen atau nama sebenarnya Muhammad Albi, pemain profesional PUBG Mobile bagi pasukan Bigetron Red Aliens itu telah membangkang sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat oleh peminat-peminat BTR RA.

Beliau yang berang dengan segelintir peminat yang merendah-rendahkan rakan sepasukannya iaitu uHigh yang dikatakan “beban” sepanjang berada di dalam pasukan itu.

uHigh atau Muhammad Dhiya Ulhaq yang merupakan anak kelahiran Malaysia itu telah memasuki BTR RA pada tanggal 1 Ogos. uHigh juga merupakan bekas pemain pasukan Secret sebelum berpindah pasukan awal Ogos lalu.

Ryzen yang geram dengan segelintir pihak yang terus menerus menyalahkan rakannya itu, menawarkan slot untuk bermain bersamanya untuk kejohanan yang akan datang. Tekanan dalam pro kompetitif amat berbeza daripada amatur.

“Kenapa manusia sekarang melihat satu keburukan daripada seribu kebaikan”- Ryzen.

Harusnya kita tahu, di dalam pasukan semestinya keserasian antara pemain itu menjadi salah satu kunci untuk pasukan itu terus melangkah ke kejayaan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *