MEMUAT

Taip untuk mencari

Adakah pasukan Geek Fam dapat kekalkan kedudukan di Kumpulan B?

atq_hyprgame
Kongsi

Pasukan Geek Fam berjaya untuk mara ke Group Stage ESL Mobile Challenge bagi League of Legends: Wild Rift SEA Championship 2021.

Sumber: Geek Fam Wild Rift

Mereka harus mengekalkan kedudukan 4 teratas di dalam Kumpulan B untuk melayakkan diri ke peringkat playoffs yang akan berlangsung pada 30 September sehingga 3 Oktober. 

Berikut merupakan keputusan permainan bagi pasukan Geek Fam menentang pasukan Divine Esports, Alliance dan SBTC Esports:

Sumber: ESL Malaysia
Sumber: ESL Malaysia
Sumber: ESL Malaysia

Permainan yang ditunjukkan oleh pasukan Geek Fam di Group Stage Wild Rift SEA Championship 2021 boleh dikatakan baik walaupun mereka tewas menentang dua pasukan gergasi Vietnam, SBTC Esports dan Divine Esports. 

Manakala mereka menyamakan mata 1-1 dengan pasukan Singapura iaitu Alliance. 

Pasukan Geek Fam masih mempunyai perlawanan pada hari ini yang merupakan hari terakhir Group Stage berlangsung. Mereka akan menentang pasukan Flash Wolves dan EVOS Esports

Masih ada peluang buat pasukan Geek Fam untuk menduduki kedudukan 4 teratas di dalam Kumpulan B bagi memastikan mereka dapat ke playoffs. 

Berikut merupakan kedudukan semasa pasukan di dalam Kumpulan B:

Sumber: ESL Malaysia

Siaran langsung Group Stage SEA Championship 2021 akan berlangsung dari 23 hingga 26 September di FacebookYoutube dan Twitch Riot SEA.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *