Geek Fam merupakan satu-satunya wakil Malaysia di League of Legends: Wild Rift SEA Championship 2021 selepas pasukan Berjaya Dragons tewas di peringkat play-ins.
Pasukan itu akan memulakan perjalanan mereka di group stage kerana Geek Fam berjaya menjuarai ESL Mobile Open 2021 Fall: Malaysia.
Walaupun Berjaya Dragons tewas di play-ins, Geek Fam masih akan meneruskan perjalanan mereka di group stage pada hari kedua.
Di hari kedua group stage, Geek Fam akan berjumpa dengan 2 pasukan gergasi iaitu Alliance (Singapura), Divine Esports (Vietnam) dan SBTC Esports (Vietnam).
SBTC Esports dan Alliance merupakan juara bagi SEA Icon Series 2021 Fall: Vietnam dan SEA Icon Series 2021 Fall: Singapore.
Mereka merupakan antara saingan yang kuat di League of Legends: Wild Rift SEA Championship 2021.
Manakala pada hari keempat, Geek Fam akan berjumpa pula dengan juara SEA Icon Series 2021 Fall: Thailand iaitu pasukan EVOS Esports TH.
Berikut merupakan jadual group stage yang akan dimainkan oleh Geek Fam:
Dapatkah Geek Fam memberi saingan yang hebat buat pasukan-pasukan yang mereka bakal berjumpa di hari kedua dan keempat group stage nanti?
Siaran langsung Group Stage SEA Championship 2021 akan berlangsung dari 23 hingga 26 September di Facebook, Youtube dan Twitch Riot SEA.
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!