MEMUAT

Taip untuk mencari

Triple Chicken pertama di PMPL MYSG S4

atq_hyprgame
Kongsi

Sekali lagi, SEM9 GANK mencipta sejarah di PMPL MYSG S4 apabila mereka satu-satunya pasukan yang mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner 3 kali berturut-turut di Minggu 3 Hari Pertama Super Weekend. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Pasukan itu dibarisi oleh pemain-pemain hebat seperti S9HahaPut, S9HahaDraxx, S9HahaBrav01, S9Hahadep dan S9Hahaman. 

Sebelum ini, SEM9 GANK pernah menjadi tajaan sebuah syarikat telko iaitu Yoodo dan dikenali dengan nama Yoodo Gank. Ketika bersama-sama dengan penaja tersebut, Yoodo Gank pernah mencipta sejarah di PMWL East 2020 apabila pasukan itu merupakan satu-satunya pasukan yang mendapat Winner Winner Chicken Dinner 3 kali berturut-turut. 

Pada ketika itu, barisan pemain Yoodo Gank terdiri daripada Manparang, Draxx, Jumper dan Fredo. 4 pemain hebat ini merupakan pasukan PUBG Mobile Malaysia yang mencipta sejarah di PMWL East 2020. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Kini, Manparang dan Draxx sekali lagi membawa pasukan mereka, SEM9 GANK untuk mengulang kembali sejarah tersebut.

Rata-rata dari peminat mereka menggelar mereka sebagai “King of Chicken Dinner”.

Berikut merupakan kedudukan keseluruhan Minggu 3 Hari Pertama Super Weekend:

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Walaupun pada Minggu 1 dan Minggu 2 Super Weekend pasukan ini kelihatan bermain dengan agak perlahan dan sukar untuk mengekalkan kedudukan di dalam permainan, namun, mereka membuktikan bahawa usaha akan membuahkan hasil. 

Pada Minggu 1 Super Weekend, pasukan ini tidak menyerlah. 3 hari Super Weekend dimainkan, mereka merupakan antara pasukan yang belum lagi mendapatkan momentum dan Chicken Dinner yang mereka cari. 

Selain dari kesukaran untuk memasuki circle, pasukan itu juga berdepan dengan pelbagai rintangan seperti kehilangan pemain di awal permainan dan tidak mempunyai tempat yang baik untuk dimainkan. 

Tidak dapat dinafikan bahawa peminat menunggu permainan terbaik dari SEM9 GANK. Walau bagaimanapun, di Minggu Kedua Super Weekend, pasukan itu kelihatan sudah membina momentum dan semangat mereka apabila mereka mendapat Chicken Dinner yang pertama sepanjang liga PMPL MYSG S4 berlangsung. 

Dari Minggu Kedua Super Weekend berlangsung, peminat sudah mula nampak rentak mereka di dalam permainan. SEM9 GANK juga telah membina kembali momentum mereka.

Ketika S9Hahadep ditemu bual oleh Sis Jenny apabila mereka berjaya mendapatkan Chicken Dinner mereka yang kedua semalam, S9Hahadep berkata bahawa S9HahaPut yang merancang rotasi SEM9 GANK. 

Tidak dapat dinafikan bahawa S9HahaPut merupakan IGL terbaik SEM9 GANK. Rotasi yang dibuat oleh pasukan itu sememangnya kemas. 

Ketiga-tiga Chicken Dinner yang diperolehi oleh mereka bukan kerana “luck circle” tetapi ia merupakan usaha yang mereka cari-cari selama ini.

Umum mengetahui bahawa map Erangel dan Miramar merupakan kepakaran mereka apabila mereka pernah mendapatkan 20 mata singkir di map Miramar ketika liga PMPL MYSG S3.

Namun, di map Sanhok, permainan mereka sedikit perlahan kerana map Sanhok merupakan antara map yang sukar untuk dimainkan.

Tetapi, dengan kemampuan yang mereka ada dan kepercayaan mereka terhadap rezeki yang telah diatur, SEM9 GANK berjaya mendapatkan Chicken Dinner di map Sanhok dengan kumpulan sebanyak 11 mata singkir. Mereka juga pernah digelar sebagai “Raja Sanhok”.

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Tahniah buat SEM9 GANK kerana mendapatkan Chicken Dinner 3 kali berturut-turut di Hari Pertama Minggu 3 Super Weekend. 

Pasukan ini sentiasa melakar sejarah dalam arena PUBG Mobile. Semoga ada sinar yang lebih lagi buat pasukan ini mara ke peringkat yang seterusnya.

Minggu terakhir Super Weekend PMPL MYSG S4 akan bermula pada hari ini di laman Youtube dan Facebook rasmi PUBG Mobile Esports Malaysia.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *