MEMUAT

Taip untuk mencari

Todak Ciku buat meta baru Tank Jungler

atq_hyprgame
Kongsi

Umum mengetahui bahawa Todak merupakan antara pasukan yang digemari dan tentunya peminat-peminat mereka mahu mereka merebut kejuaran di liga MPL S8. 

Sekali lagi, pasukan Todak membuat kejutan apabila pemain mereka, Todak Ciku menggunakan hero Hylos di dalam permainan. Ini merupakan kali pertama Hylos digunakan di dalam MPL S8. 

Kini, pasukan Todak mahu mencabar pasukan Red Esports dengan penggunaan Hylos.

Rata-rata dari peminat dan caster sendiri terkejut bahawa Todak Ciku memilih Hylos untuk dijadikan sebagai jungler. Manakala, jungler bagi pasukan Red Esports adalah Paquito.

Kebiasaannya Hylos digunakan sebagai tank. Walau bagaimanapun, Todak Ciku mahu membawa metanya yang tersendiri iaitu “Tank Jungler” terhadap hero Hylos.

Sumber: MPL Malaysia

Di awal permainan, Red Esports berjaya mendapatkan turret pertama pasukan Todak. Tetapi, pasukan Todak juga bijak apabila mereka mendapatkan Saber untuk memperlahankan lagi “farming” bagi pasukan Red Esports. 

Sumber: MPL Malaysia

Pasukan Todak bermain dengan sangat baik. Jika dilihatkan, penggunaan Hylos satu pemilihan yang bijak kerana Red Esports banyak menggunakan hero yang memberi “attack” pada jarak yang dekat. Jadi, ia memberi kesan yang baik buat jungler pasukan Todak. 

Penggunaan Hylos yang pertama dalam liga MPL S8 dan menjadikan hero itu sebagai tank jungler, meta baru yang ditunjukkan oleh Todak Ciku sememangnya mengejutkan peminat.

Sumber: MPL Malaysia

Di perlawanan kedua, Todak Ciku sekali lagi mengunakan hero tank sebagai jungler iaitu Akai. Dan pasukan tersebut berjaya merebut kemenangan mereka menentang Red Esports.

Di dalam temu bual, Momo ada memberitahu bahawa penggunaan Hylos dan Akai sebagai Jungler adalah idea asli Todak Ciku sendiri.

Sumber: MPL Malaysia

Berikut merupakan kedudukan semasa bagi Kumpulan B:

Sumber: MPL Malaysia

Saksikan liga Minggu 5 MPL S8 di laman rasmi Youtube dan Facebook MPL Malaysia.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

1 Komen

  1. Ran September 12, 2021

    Tank hyper nie dah lama dah .biler masanye meta baru?

    Balas

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *