MEMUAT

Taip untuk mencari

Peminat tetap memberi semangat buat SEM9GANK

Kongsi
Peminat tetap memberi semangat buat SEM9GANK

Pasukan Sem9Gank sebuah pasukan gergasi yang pernah menjadi Juara untuk PMPL SEA LEAGUE, mereka berhadapan dengan sedikit kesukaran di kejohanan PMPL Musim 4 ini. Sem9 yang sedikit malang selepas tidak dapat mengumpul mata semasa Super Weekend-2 hari-1 di mainkan. 

Mereka yang seolah bermain tanpa strategi yang rapi membuatkan mereka kerap tersingkir awal dan tidak mendapatkan mata poin yang banyak untuk dikumpulkan ke kejohanan PMGC.

Di SW2D1 match pertama dimainkan di map Erangle, Sem9Gank terkeluar di tempat ke-9 dengan 2 mata penyingkiran sahaja. Manakala di Map ke-2 di Miramar mereka terkeluar di tempat ke-11 dengan 1 mata penyingkiran. Map ke-3 sekali lagi di Erangle mereka terkeluar di tempat ke-12 tanpa mata penyingkiran. Seterusnya map Sanhok dimainkan di match ke-4, Sem9 gank menghadapi kesukaran lagi dan terkeluar di tempat ke-11 dengan 4 mata penyingkiran. Diakhiri dengan map Erangle untuk match yang terakhir SW2D1 Sem9Gank gagal mendapatkan mata kedudukan yang tinggi dan terkeluar ditempat ke-9 dan hanya mendapatkan 3 mata penyingkiran.


Rata-rata peminat Sem9Gank yang memberi pendapat dan semangat di media sosial mereka dan ada juga membuat video untuk dijadikan penaik semangat kepada pasukan Sem9Gank. Kita semua tahu yang pasukan Sem9Gank menghadapi kesukaran selepas kehilangan Jurulatih mereka yang berharga sebelum ini. Kita mengharapkan ini bukanlah pengakhiran mereka dan teruskan memberi semangat kepada mereka dan pasukan lain yang ikut bertanding.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *