MEMUAT

Taip untuk mencari

Geek1caa perempuan pertama pecah rekod PMPL MYSG S4

atq_hyprgame
Kongsi

Umum mengetahui Geek Fam telah memasukkan Ica ke dalam barisan pemain mereka bagi PMPL MYSG S4 pada kali ini. 

Pasukan itu dibarisi oleh 6 orang pemain berbakat iaitu GeekQb, GeekDamrude, GeekSaneOP, GeekSnipes, GeekMiracle dan Geek1caa. 

Kemasukan Ica di dalam pasukan itu memberikan satu peluang baru kepada Ica sendiri. Ica juga merupakan ahli Geek Fam Girls sebelum ini.

Pada PMPL MYSG S4 kali ini, beliau diserap masuk ke dalam pasukan lelaki Geek Fam

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Disebabkan oleh pertama kali berada di dalam arena PMPL, Ica kelihatan belum lagi menyesuaikan diri pada minggu pertama dan kedua.

Selalunya, Ica dilihatkan bermain untuk Weekday sahaja. Tetapi beliau juga ada diberi peluang untuk bermain di Super Weekend bagi beberapa pusingan.

Namun, di minggu ketiga, Ica kelihatan lebih selesa di gelanggang PMPL. Mempunyai semangat yang tinggi, rata-rata peminat Geek Fam memberi pujian bagi satu-satunya pemain wanita di dalam pasukan Geek Fam.

Pasukan itu sememangnya mempunyai hubungan keluarga yang tinggi. Walaupun Ica baru menyertai PMPL, mereka tidak mengganggap Ica sebagai pemain simpanan.

Malah, pasukan itu memberi perhatian buat satu-satunya pemain wanita di dalam pasukan tersebut. 

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Geek1caa telah memecahkan rekod PMPL MYSG S4 dengan mendapatkan 9 mata penyingkiran di pusingan yang terakhir ketika menentang pasukan Farang Lejund. 

Umum mengetahui bahawa “fire power” Ica sebagai seorang pemain PUBG Mobile wanita sangat luar biasa. Beliau ada membuat konten Youtube yang memaparkan kemahiran beliau mengawal permainan dan taktik-taktik baru yang ditunjukkan dalam PUBG Mobile.

Aksi yang ditunjukkan oleh pemain wanita ini membuatkan pemain-pemain PUBG Mobile yang lain merasakan bahawa Geek1caa mempunyai potensi untuk berada di arena PMPL MYSG S4.

Kini, beliau membuktikan bahawa beliau mampu melakar nama di pentas berprestij itu.

Di akhir perlawanan, pemain yang masih berdiri bagi pasukan Geek Fam adalah GeekQb dan Geek1caa. Seperti semua sedia maklum, GeekQb merupakan pemain yang sangat berbakat.

Ketiadaan beliau di dalam barisan pemain sedikit sebanyak membuat pasukan tersebut tidak mempunyai “momentum” atau “semangat”.

Dengan kehadiran beliau di dalam permainan, peluang untuk mendapatkan Chicken Dinner itu lebih cerah. GeekQb merupakan pembakar semangat bagi pasukan Geek Fam. 

Ketika di minit ke 28, Geek1caa dan GeekQb berada di bukit Pecado. Keberadaan mereka di atas bukit itu meletakkan pasukan itu di kedudukan yang selesa. Akhirnya pasukan itu berjaya mendapatkan Chicken Dinner yang terakhir.

Pusingan terakhir Weekday semalam merupakan antara pusingan yang sangat baik ditunjukkan oleh satu-satunya pemain wanita yang berjaya memecahkan rekod PMPL MYSG S4 iaitu Geek1caa.

“Once a Geek, always a Fam”

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya