MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL MY S9: Todak bawa line up M3, menang bersih lawan Geek Fam

atq_hyprgame
Kongsi

Bukan biasa-biasa! Memang line up M3 Todak yang terdiri daripada: Ciku, Moon. Momo, Yums & 4Meyz beri impak besar dalam perlawanan menentang pasukan Geek Fam. Kekuatan yang ada pada line up utama Todak bukan sahaja dari segi chemistry tetapi komunikasi & gameplay itu sendiri. 

Sampai sekarang, Geek Fam masih belum lagi keluar dari lose streak mereka. Sangat bahaya untuk Geek Fam mengekalkan performa mereka yang sekarang kerana berbaki 3 minggu lagi regular season sebelum peringkat playoffs bermula.

Sumber: MPL Malaysia
Sumber: MPL Malaysia

Perlawanan Todak menentang Geek Fam

Sepanjang permainan berlangsung, Todak beri performa yang sangat baik. Mereka juga buat kejutan apabila Ciku membawa masuk Lunox Jungler ke dalam pusingan kedua. Lunox Jungler pernah dibawa masuk oleh Ciku di M3. 

Kita tahu Ciku merupakan pemain yang sangat bijak dalam menyusun draft beliau & pasukan Todak. Beliau ada sahaja idea yang bernas untuk pastikan Todak boleh counter hero pihak lawan dengan lebih efektif. Kombo Hazim + Ciku dalam penyusunan draft selalu menjadi!

Agak pelik untuk pasukan Geek Fam tidak kenakan respect ban terhadap Miya yang digunakan oleh Momo. Di pusingan pertama, Momo telah membawa masuk Miya. Dan, Miya Momo memang bahaya. Beliau menjadi punca kemenangan Todak di pusingan pertama.

Sumber: MPL Malaysia
Sumber: MPL Malaysia

Melihat dari Miya Momo, ramai yang menjangkakan bahawa Geek Fam akan kenakan respect ban terhadap Miya. Tetapi tidak. Mereka membiarkan Todak mengambil Miya sekali lagi dalam draft mereka. Kesilapan besar? Mungkin!

Dengan melepaskan Miya ke tangan Momo, sukar untuk Geek Fam dapatkan permainan. Hero yang dipilih oleh Geek Fam dalam draft mereka boleh dikatakan baik. Tetapi hero yang mereka ban tidak terlalu relevan. 

Kedua-dua pusingan, Geek Fam & Todak berikan perlawanan yang baik. Geek Fam juga memberikan performa yang baik cuma mereka tidak ada jawapan kepada Miya Momo, Franco Moon, Selena Yums, Paquito 4Meyz & Lunox Ciku

Sumber: MPL Malaysia
Sumber: MPL Malaysia

GGWP, Todak! Mereka memang salah satu pasukan yang bersedia untuk berikan 100% dalam perlawanan. Masih mendominasi Kumpulan B, Todak akan berjumpa dengan pasukan terakhir dalam Kumpulan A sebelum berjumpa dengan pasukan Kumpulan B di Minggu Keenam iaitu Team Caracal.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *