MEMUAT

Taip untuk mencari

“PMPL S4 bukan rezeki kami” — SuperBoi

atq_hyprgame
Kongsi

Semalam telah berakhirnya Weekday untuk menentukan pasukan mana yang akan mara ke Super Weekend di minggu yang terakhir. 

Sekali lagi, pasukan Anti Circle tidak dapat mengunci kedudukan mereka di Super Weekend yang terakhir ini.

3 minggu berturut-turut tidak melayakkan diri ke Super Weekend, pasukan ini akhirnya rasmi disingkirkan dari arena PMPL MYSG S4

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Pasukan ini mempunyai pemain yang berbakat besar. Kesemua pemain mereka ada potensi yang tersendiri.

Pernah menjadi antara pasukan yang paling digemari ketika di PMPL MYSG S3 apabila pasukan ini berjaya melaraskan kedudukan mereka bersama pasukan-pasukan yang telah lama berada dalam PMPL.

Mendapatkan tempat ketiga di PMPL MYSG S4 Grand Final, Anti Circle membuktikan bahawa mereka mampu berada di puncak.

Berikut merupakan kedudukan keseluruhan di Weekday:

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia

Kini, di PMPL MYSG S4, pasukan-pasukan lain telah mengatur strategi serta corak permainan yang baru dengan adanya pemain-pemain baru. 

Dengan adanya “adaptation” yang baik di dalam permainan, makin banyak pasukan yang memberi corak permainan yang lebih “fresh”.

Tidak dapat dinafikan, Anti Circle mempunyai “fire power” yang baik dengan adanya Terminator dalam pasukan mereka. Cara permainan mereka juga sangat menyakinkan.

Namun, semakin hari, arena PMPL semakin mencabar dengan pasukan dan pemain baru. 

“Bukan rezeki kami”. Itulah yang dikatakan oleh salah seorang pemain bagi pasukan Anti Circle iaitu SuperBoi kepada pihak media Hyprgame. 

SuperBoi menambah, “Walaupun sudah bergerak ketengah circle, circle masih lari dari kami. Tapi tak boleh nak salahkan circle. Kami memang tiada “luck”“.

Beliau juga berkata bahawa salah satu sebab yang lain adalah mereka lambat menyesuaikan diri dengan circle jika circle itu “hard shift”

Walau bagaimanapun, SuperBoi membuat kesimpulan bahawa PMPL musim ini memang bukan rezeki mereka. Mereka akur dengan ketentuan dan akan perbaiki kekurangan di masa yang akan datang.

Rata-rata peminat Anti Circle memberikan semangat kepada mereka dan mahukan mereka untuk menjejakkan lagi kaki ke arena PMPL menerusi kelayakan yang seterusnya. 

Comeback stronger, Anti Circle! 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *