MEMUAT

Taip untuk mencari

Valorant Mobile Beta bakal dilancarkan, peminat teruja

atq_hyprgame
Kongsi
Sumber: Spieltimes

Kedatangan Valorant Mobile beta telah disahkan oleh Riot Games pada bulan Jun 2021. Oleh kerana Riot Games bakal melancarkan Valorant di aplikasi mobile, ia sedikit sebanyak telah meletakkan harapan dalam kalangan peminat-peminat Valorant. Walau bagaimanapun, tarikh rasmi pengeluaran beta tersebut masih belum dinyatakan. 

5v5 character-based tactical FPS telah mendapat perhatian ramai. Menurut Riot Games, Valorant mendapat sambutan yang menggalakkan dalam jangka masa setahun ia dilancarkan. Disebabkan oleh sokongan Riot Games dan player-friendly yang dimiliki oleh Valorant, ia merupakan pilihan kegemaran pemain-pemain kompetitif e-sukan. 

Sumber: Riot Games

Valorant Mobile beta yang bakal dilancarkan oleh Riot Games bukanlah merupakan sesuatu yang mudah. Secara umumnya, telefon pintar mudah alih lebih lemah berbanding PC atau console. Jadi, ia memerlukan penelitian yang baik bagi memastikan aplikasi tersebut lancar.

Walau bagaimanapun, dengan adanya teknologi yang serba canggih, peranti mudah alih mempunyai kadar kuasa yang semakin hebat. Ia tidak menjadi masalah buat Riot Games untuk mengatasinya.

Sumber: Riot Games

Dengan adanya berita tentang pelancaran Valorant Mobile beta dari Riot Games sendiri, ia sekali gus menarik perhatian peminat-peminat Valorant. Sama-sama lah kita nantikan berita selanjutnya dari Riot Games!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *