MEMUAT

Taip untuk mencari

Season 2022 Cinematic akan dilancarkan pada 7 Januari ini!

atq_hyprgame
Kongsi

Sebelum ini, kalau League of Legends lancarkan video Season Cinematic yang baru, ia bermakna musim kompetitif semakin hampir! 

Di laman Twitter rasmi League of Legends, mereka ada memuat naik satu posting yang memberi hint bahawa akan ada keluaran video bagi musim 2022 yang baru, yang akan dilancarkan pada 7 Januari ini.

“A new journey beckons on January 7th. How will you answer? #TheCall” 

Tweet yang dimuat naik oleh League of Legends itu mengundang beberapa spekulasi tentang tema dan watak yang akan dibawa dalam Season 2022 Cinematic. Rata-rata dari komuniti League of Legends sendiri mahukan konsep yang bakal dikeluarkan sama seperti Awaken 2019. 

Sumber: League of Legends

Seperti tradisi yang sebelum-sebelum ini, dengan video baharu yang dikeluarkan, musim kompetitif juga semakin menghampiri. Video ini selalunya menampilkan lagu original, muzik & naratif.

Season 2021 Cinematic, bertajuk “Ruination”, menampilkan watak & tema yang bertindak secara tetap bagi hampir keseluruhan musim. Kisah video musim ini akan diteruskan melalui acara dalam permainan Ruination & Sentinels of Light.

Sumber: League of Legends

Walaupun musim lain seperti Awaken 2019 menampilkan aksi mencabar dengan sedikit kesan pada plot alam semesta yang dibawa ke dalam permainan, tidak berapa jelas tema & watak apa yang Riot Games akan bawakan pada Season 2022 Cinematic.

Season 2022 Cinematic ditetapkan untuk bertepatan dengan permulaan bagi Season 12. Musim ranked yang akan datang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi di mana ia dijangka hadir pada Januari ini. 

Sumber: League of Legends

Seperti yang sedia tahu, Worlds merupakan kejohanan terbesar League of Legends. Sebelum ini di Worlds 2021, kita dapat lihat EDward Gaming membawa pulang gelaran juara. Dan kejohanan dunia itu juga melepasi jumlah tontonan jam sebanyak 1 billion.

Boleh dikatakan Riot sangat konsisten dengan kejohanan i League of Legends mereka kerana komuniti tidak perlu menunggu masa yang lama untuk musim kompetitif bermula semula.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *