MEMUAT

Taip untuk mencari

VCT Champions 2021: Format, pasukan & keputusan undian kumpulan

atq_hyprgame
Kongsi

VALORANT Champions Tour (VCT), kejohanan VALORANT yang dinanti-nanti oleh semua pasukan dan komuniti VALORANT akhirnya akan tiba ke penghujungnya. 

VCT Champions 2021 akan membawakan sebanyak 16 pasukan terbaik VALORANT dari seluruh dunia bersaing untuk mendapatkan sebahagian besar daripada $1 Juta USD. 

Kejohanan ini akan mula membuka arena pada 1 Disember sehingga 12 Disember. Hanya satu pasukan sahaja yang akan dinobatkan sebagai juara dunia rasmi pertama. 

Sumber: Riot Games

16 pasukan di VALORANT Champions Tour (VCT) 2021

Seperti yang semua tahu, VCT Champions 2021 akan diadakan secara offline mode di Berlin. 16 pasukan dari wilayah yang berbeza akan berada di Berlin untuk bermain pentas dunia Valorant.

VALORANT Champions 2021 akan membawa pasukan terbaik dari setiap wilayah bersama-sama dengan juara Masters Berlin (Gambit Esports) dan Last Chance Qualifiers (Cloud9 Blue).

Berikut merupakan 16 pasukan yang akan mewakili wilayah mereka untuk bertanding di VCT Champions 2021: 

Pasukan Kejohanan & Kedudukan
Masters Berlin
Gambit Esports

Champion Masters Berlin
Circuit Point
Sentinels
Team Envy
Acend
Fnatic
Team Vikings
Keyd Stars
X10 Esports
Team Secret
KRU Esports
Vision Strikers
Crazy Racoon

Amerika Utara Circuit Points #1
Amerika Utara Circuit Points #2
EMEA Circuit Points #1
EMEA Circuit Points #2
BR Circuit Points #1
BR Circuit Points #2
SEA Circuit Points #1
SEA Circuit Points #2
LATAM Circuit Points #1
KR Circuit Points #1
JP Circuit Points #1
Last Chance Qualifier
Cloud9 Blue
Team Liquid
Furia Esports
Full Sense

Champion Amerika Utara LCQ
EMEA LCQ 
Amerika Selatan LCQ
APAC LCQ

Sentinels, Crazy Raccoon & KRU Esports mendapat pengiktirafan sebagai satu-satunya pasukan yang menghadiri Masters Reykjavík, Masters Berlin & VCT Champions.

Format VALORANT Champions Tour (VCT) 2021

Format bagi VCT Champions 2021 sama dengan format ketika di Masters Berlin. 16 pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri daripada 4 pasukan. 

Sumber: Valorants Champion Tour

VALORANT Champions akan bermula dengan peringkat kumpulan dalam double elimination. Manakala, 8 pasukan teratas akan mara ke peringkat Knockout Stage dalam one elimination.

Semua perlawanan akan dimainkan dalam format BO3. Hanya di peringkat akhir sahaja perlawanan akan dimainkan dalam format BO5.

Keputusan cabutan undian kumpulan bagi VALORANT Champions Tour (VCT) 2021

Terbaru, Riot Games telah pun mengumumkan keputusan cabutan undian kumpulan bagi 16 pasukan yang akan bersaing di pentas dunia Valorant di Berlin nanti.

16 pasukan itu akan dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Kumpulan A, Kumpulan B, Kumpulan C dan Kumpulan D.

Sumber: VALORANT Champions Tour
Kumpulan AKumpulan BKumpulan CKumpulan D
AcendSentinelsGambitVision Strikers
Team EnvyTeam LiquidCrazy RaccoonFnatic
Vivo KeydFURIATeam SecretCloud9
X10 EsportsKRU EsportsTeam VikingFull Sense

Menurut Riot Games, keputusan kumpulan undian itu adalah berdasarkan placament terakhir yang mereka duduki ketika di VCT 2021 — Challenger dan kekuatan wilayah masing-masing.

Selain itu, Riot juga ingin memastikan bahawa pasukan tidak akan disatukan dalam satu kumpulan bersama dengan wilayah yang sama. Keputusan yang dibuat menempatkan kesemua 4 pasukan EMEA berada dalam kumpulan berbeza.

Juga, pasukan-pasukan dari NA, Asia Tenggara & Brazil, masing-masing sudah diasingkan dan berada di dalam kumpulan yang berbeza.

Sumber: VALORANT Champions Tour

Selepas tamatnya pusingan group stage, kesemua 8 pasukan yang mara ke playoffs akan melalui undian secara rawak.

Group stage akan dibuka oleh Vision Strikers menentang Full Sense. Perlawanan pertama itu akan bermula pada pukul 8 pagi CT iaitu pada jam 10 malam MYT (Rabu, 1 Disember).

Sumber: Riot Games

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *