MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

23savage Pemain Dota 2 Pertama Dengan 13K MMR

ai hyprgame
Kongsi
23savage Pemain Dota 2 Pertama Dengan 13K MMR

Pada bulan Mac tahun lalu, Nuengnada Teeramahanon atau juga dikenali sebagai 23Savage didalam arena esukan kompetetif Dota 2 telah menjadi pemain pertama yang telah mencapai 12K MMR milestone. Kini 23savage sekali lagi berjaya meraih 13K MMR pula.

Kredit : 23Savage

Pencapaian 23savage didalam leaderboards Dota 2 sememangnya luar biasa yang sukar diikuti oleh orang lain daripada server Asia Tenggara ini.

Sementara majoriti pemain, amatur dan profesional lain sering berhadapan dengan masalah di SEA server yang terlihat agak huru-hara. 23savage tetap tekad membuktikan yang segalanya tidak mustahil jika kita tetap fokus

23savage sebelum ini hanya berupaya mendapatkan 3,500 MMR ketika pertama kali berada didalam SEA server. Kemudian dia terus konsisten dan meraih 10 milestone pada tahun 2020 dikala pandemik melanda dunia

Beberapa bulan setelah berjaya mencapai 10K, 23savage menjadi pemain kedua yang meraih sejumlah 11K MMR.

Momentun 23savage tidak terhenti disitu sahaja apabila meraih lagi 13K MMR pada akhir tahun 2022 ini.

Bintang Dota 2 ini dikatakan sering menggunakan skin atau hero kegemarannya seperti Faceless Void, Monkey King & Slark didalam perlawanan. Malahan 23savage juga menyarankan pemain untuk menggunakan Naga Siren jika ingin meningkatkan rank masing-masing.

Dia juga menggalakkan ramai pengguna untuk aktif didalam permainan jika mahukan ranking atau kedudukan pemain tersebut dinaikkan.

Walaupun 23savage mengalami kekecewaan bagi The International TI11 bersama Talon Esports, Dia tetap meneruskan kerjayanya sebagai pemain esukan kompetetif dan bergiat aktif bermain sehingga melebihi 88 pertandingan.

Sepanjang 88 pertandingan yang dia lalui, 23savage berjaya menang sebanyak 48 pertandingan sekaligus meraih peratusan kemenangan sebanyak 54.5 peratus.

Pencapaian 23savage ini telah menjadi rekod terbesar sekaligus membuktikan yang dirinya layak digelar sebagai pemain pro.

Pemain Thailand yang menjadi sebahagian daripada keluarga Talon Esports ini akan bersaing di Dota Pro Circuit (DPC) 2022/2023 pada 9 Januari 2023.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *