MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

March Rasmi Jurulatih Baharu Temani BDz Di Execration

ai hyprgame
Kongsi
March Rasmi Jurulatih Baharu Temani BDz Di Execration

Terkini peminat esukan kompetetif Dota 2 menerima pengumuman yang mengujakan apabila Execration telah menjadikan March atau nama sebenarnya Park Tae-won sebagai ketua jurulatih baharu mereka.

Setelah mengikuti kursus perkhidmatan ketenteraan di Korea Selatan pada 2018, March mula mengembangkan kariernya didalam arena esukan kompetetif ini sebagai jurulatih kepada pelbagai pasukan. Peranannya sebagai jurulatih buat pasukan SEA seperti Echo International, Fnatic, TNC Predator dan baru-baru ini di T1 membuktikan yang dia layak untuk berada bersama Execration ini.

March menyertai T1 selama dua tahun dan dilepaskan daripada divisi ini setelah Roster T1 dibubarkan. Selain March, Carlo Manalo atau juga dikenali sebagai BDz didalam arena esukan kompetetif Dota 2 juga telah dilantik sebagai pemain ke-5 dan kapten pasukan bagi Execration. Pengumuman ini telah ditulis oleh Execration menerusi akaun media sosial rasmi mereka sendiri.

Untuk pengetahuan anda, Penglibatan March ketika menyertai T1 dahulu sempat membawa pasukan ini meraih Top 3 di WePlay AniMajor pada 2021. Walaubagaimanapun pada 2022, Segalanya berubah setelah prestasi T1 jatuh menjunam ketika di Stockholm Major dan gagal ke The International 2022 (TI11).

Kredit : Execration

“Shots Fired! We welcome Carlo “@bdzdota” Manalo as our new Hard Support & Captain! Next up is a prominent figure in the scene. We are excited to have Park “@MarchDota” Tae-Won as our new Head Coach!”  Execration wrote in its announcement tweet.

” Kami mengucapkan selamat datang kepada Carlo Manalo @bdzdota sebagai Hard Support dan Kapten! Seterusnya kami teruja kerana mempunyai Park Tae-won @MarchDota sebagai ketua pasukan kami! Tulis Execration di Twitter.

BDz akan menggantikan RR (Ralph Peñano ) sebagai kapten pasukan dan Hard Support bagi musim baharu yang akan tiba tidak lama lagi.

Penglibatan BDz didalam bidang ini sudah tidak asing lagi kerana pernah menimba pengalaman ketika beberapa pasukan Dota 2 termasuklah TNC Predator.

Dengan kehadiran dua bintang Dota 2 ini, Roster Execration yang telah dibarisi dengan Jinn Marrey Lamatao ( Palos), Mark Anthony Urbina (Bob), Justine Grimaldo ( Tino ), Dan Mark Redira (Shanks) telah pun lengkap bagi Dota Pro Circuit DPC 2022/2023.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *