MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Roster Dota 2 T1 Dibubarkan

ai hyprgame
Kongsi
Roster Dota 2 T1 Dibubarkan

Roster yang terlihat agak huru-hara dengan saling bertukar juga dilalui oleh pasukan daripada SEA Southeast Asia (Asia Tenggara), Malahan prestasi musim ini yang mengecewakan menyebabkan pasukan T1 daripada Korea telah memutuskan untuk membubarkan pasukan mereka didalam Roster Dota.

Walaubagaimanapun pasukan ini telah meraih prestasi yang agak baik ketika di DPC Dota Pro Circuit 2021/2022 sehingga berjaya menamatkan perlawanan di tangga ke-8. T1 berjaya menduduki Top 8 tersebut ketika di The International 2021 (TI10) sekaligus beberapa kalai berada di Top 3 sepanjang perlawanan pada 2021.

Tetapi mereka masih tidak mampu menangani momentun pasukan lain pada musim 2022 ini seperti Fnatic, Boom Esports dan Talon Esports.

Menerusi mesej yang ditulis di akaun media sosial mereka, Pasukan ini mengumumkan kepada umum yang Roster ini telah dibubarkan sepenuhnya.

“Today, we decided to disband our #DOTA2 roster. We thank ‘Topson’, ‘ana’, ‘Kuku’, ‘Xepher’ and ‘Whitemon’ for their time with us. We wish them the best of luck for the future.” – T1

“Hari ini, Kami telah memutuskan untuk membubarkan Roster Dota 2. Kami berterima kasih kepada Topson, ana, Kuku, Xepher dan Whitemon untuk masa yang mereka telah habiskan bersama kami. Kami mengucapkan selamat maju jaya buat mereka di masa hadapan nanti.” – T1

Kredit : T1

Kesemua lineup ini telah pun bersama T1 ketika di Last Chance Qualifier, Dan kini mereka telah menjadi Free Agent ketika Roster ini dibawah tempoh pertukaran (Roster Shuffle Period).

Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaiĂ 

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya