MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

iceiceice Undur Diri Daripada Team SMG

ai hyprgame
Kongsi
iceiceice Undur Diri Daripada Team SMG

Nampaknya Daryl Koh atau lebih dikenali sebagai iceiceice didalam arena esukan kompetetif Dota 2 bergelar Free Agent untuk menuju ke DPC 2022/20223 setelah mengundurkan diri daripada Team SMG.

Kredit : Team SMG

” As the competitive year comes to a close, so does one’s journey with each other. Where one door closes, a window elsewhere opens. Today, we bid farewell to @iceiceice, and wish him all the best in his future endeavours. ” – Team SMG

” Tahun yang penuh persaingan semakin hampir, Perjalanan kita dan antara satu sama lain juga begitu. Jika satu pintu ditutup, Pasti tingkap (peluang) di tempat lain akan terbuka. Hari ini, kami mengucapkan selamat tinggal kepada @iceiceice, dan mendoakan yang terbaik untuk masa depannya kelak. ” – Team SMG

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh SMG juga menekankan yang mereka ingin melakukan perubahan buat lineup mereka sebelum musim baharu bermula nanti.

Mereka sebelum ini pernah merancang untuk memasuki TI11 Regional Qualifiers dengan lineup baharu, Walaubagaimanapun perancangan tersebut tidak dapat dilaksanakan dan menyebabkan pasukan ini tidak dapat bersaing di acara tersebut.

Malahan Team SMG termasuk daripada beberapa organisasi lain seperti TNC, Nigma Galaxy SEA, Army Genius juga terlepas peluang untuk melengkapkan pendaftaran pasukan mereka pada musim ini.

Oleh yang demkian, Pasukan ini hanya mempunyai dua pilihan samaada untuk kekal dengan lineup yang sedia ada, atau membuat pendaftaran bahru bagi roster mereka. Jika tidak mereka akan terkeluar daripada acara tersebut. Kebanyakkan pasukan mash menggunakan lineup lama, Tetapi berbeza dengan Team SMG yang memilih untuk menarik diri daripada acara ini.

Berbalik pula dengan pengumumana iceiceice yang sudah tidak bersama dengan Team SMG, Masih tiada info terkini berkenaan penggantinya atau mungkin ada lagi sebarang perubahan lanjut buar roster SMG kelak.

Terkini roster SMG dibarisi oleh Nai Zheng “MidOne” Yeik, NaNa “Moon” ♪, Tue “ah fu” Soon Chuan, Wilson “poloson” Koh Chin. Team SMG diharapkan untuk memberikan rsoter yang telah dikemaskini minggu-minggu berikutnya sebelum musim DPC yang akan bermula pada Disember ini.

Bagi anda yang masih belum tahu tentang jadual perjalanan DPC 2022/2023 ini, Disini kami kongsikan iaitu akan bermula dengan Open Qualifiers pada 11-13 Disember, 2022, Closed Qualifiers pada 14-15 Disember, 2022, Division 1 Regional League Tournament pada 9-29 Januari , 2023. Kemudian acara ini akan memasuki ke babak Division 2 Regional League Tournament pada 30 Januari sehingga 19 Febuari 2023 dan Major Tournament bermula pada 24 February sehingga 5 Mac 2023 ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel seterusnya

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya