MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

D3V Juarai PMCC 2022

ai hyprgame
Kongsi
D3V Juarai PMCC 2022
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

PUBG Mobile Campus Championship PMCC 2022 akhirnya telah melabuhkan tirainya pada 30 Oktober dan menyaksikan kemenangan pasukan D3V Silence yang berjaya meraih lebih 200 mata di kejohanan tersebut.

Malahan mereka juga berjaya meraih 4 WWCD di Grand Finals PMCC 2022 pada match ke 5 sekaligus berjaya mencatat 22 Elims. D3V berjaya melayakkan diri mereka untuk ke PMNC dan pasti akan menjadi pasukan yang diperhatikan nanti. Mereka juga mempunyai kebolehan tersendiri dengan hebat melanggar dan defend kawasan mereka.

Kredit : PUBG Mobile Malaysia

Kemenangan D3V Silence ini melayakkan mereka untuk membawa pulang USD $1,356.70 iaitu sekitar MYR 6,400 sebagai hadiah daripada Prize Pool terkumpul sebanyak MYR 40,800.

Kemuncak acara ini telah pun masuk ke babak Grand Final yang berlangsung selama 2 hari, Dimana pasukan D3V Silence sangat konsisten kerana berjaya WWCD pada setiap hari. Mereka juga telah menjadi pasukan yang satu-satunya mendapat lebih 100 Kill Points pada hari kedua Overall Ranking.

Manakala pasukan MReKINGXP (MRE) yang duduk di carta 8 Overall Ranking juga berjaya WWCD dan meluncur terus ke Top 4. Selain itu pasukan GLZR dan WF juga menunjukkan prestasi yang konsisten sekali untuk kekal di TOP 4 sepanjang 2 hari Finals PMCC berlangsung.

PUBG Mobile Campus Championship PMCC merupakan kejohanan kampus di Malaysia yang menampilkan 16 bakat muda bersaing secara sengit sekaligus membawa nama IPT masing-masing ke persada esukan.

Pasukan yang terbaik yang meraih Prize Pool terkumpul RM 40,800 akan mengunci slot mereka di PUBG Mobile Natinal Championship Malaysia PMNC 2022 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Selain D3V, 3 lagi pasukan yang berada di kedudukan tertinggi iaitu Deto Glazer (GLZR) Top 2, Wafam Dominate (WF) Top 3 dan MReKINGXP (MRE) juga akan turut bersaing di PMNC 2022.

Untuk pengetahuan anda, bersempena PMCC 2022 acara Watch Party juga diadakan oleh pihak penganjur bagi menghargai sokongan semua orang termasuk peminat. Watch Party PMCC ini berlangsung di Lepaking, Jalan Gombak dan dimeriahkan dengan kedatangan komuniti esukan kompetetif PUBG Mobile. Malahan bintang esukan seperti pemain MAB Esports, CRIT VIP Squad, Dan Pemburu daripada pasukan 4Rivals juga turut hadir memeriahkan lagi suasana acara ini.

Adakah Firepower yang sama akan ditunjukkan oleh pasukan-pasukan di PMNC nanti? Walaubagaimanapun teruskan sokongan anda kepada semua peserta yang terlibat di PMCC dan tahniah sekali lagi buat pasukan-pasukan yang mara ke PMNC! GG!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *