MEMUAT

Taip untuk mencari

Pasukan Geek Fam takde gameplay – GEEK Dominus

Kongsi
Pasukan Geek Fam takde gameplay - GEEK Dominus

Geek Dominus atau nama sebenarnya Nik Aqieff bin Muhammed Muhyiddin selaku pemain professional Geek Fam MLBB telah meluahkan rasa kesalnya terhadap apa yang terjadi terhadap pasukannya ketika bermain di pentas Regular Season MPL musim ke 9.

Daripada sudut pandangan Dominus sendiri, pasukan Geek Fam mempunyai masalah yang berat apabila perkara itu melibatkan gameplay yang ditunjukkan pasukan itu sangat lemah berbanding sebelum ini. Menurut Dominus sendiri, pasukan Geek Fam seakan hilang untuk mendapatkan rentak permainan dan fahaman permainan yang dibawa mereka di musim-musim sebelum ini.

Credit : YT Farr Channel

Setiap pasukan terdapat ahli-ahli yang berbakat dalam setiap jenis role yang ada dalam permainan. Kemahiran yang hebat dalam mengawal role-role tersebut mampu untuk mengubah pasukannya ke arah yang lebih baik. Meskipun begitu, Dominus akui bahawa pasukannya seakan kehilangan gameplay sebenar yang dibawa oleh pasukan profesional yang lebih memfokuskan setiap details yang berlaku di dalam permainan.

Pasukan Geek Fam harus memenangi setiap perlawanan selepas ini dengan mata 2-0 di setiap perlawanan untuk melanjutkan perjalanan mereka ke pusingan PlayOff MPL musim ke 9. Adakah dengan mengenal pasti punca masalah utama ini mampu memberi sedikit dorongan ke arah pemulihan pasukan Geek Fam untuk bangkit bersinar di pentas regular season kali ini?.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:
Artikel seterusnya

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya