MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL ID S9: Leomurphy kembali semula dalam roster Alter Ego

atq_hyprgame
Kongsi

Sebelum ini, pemain dalam line up utama Alter Ego di musim MPL yang sebelum ini, Leomurphy telah diturunkan untuk bermain di MDL bersama dengan roster Alter Ego X. Penurunan Leomurphy di MDL adalah mungkin disebabkan oleh prestasi.

Seperti yang kita tahu, organisasi e-sukan yang mengambil bahagian dalam MPL Indonesia memang akan mempromosikan pasukan mereka yang berada di MDL. Tujuan promosi itu dibuat adalah untuk memberi pengiktirafan terhadap bakat & performa yang ditunjukkan oleh pasukan di MDL. 

Kalau ada yang dipromosikan ke roster utama sesuatu pasukan, memang akan ada pemain dari roster utama yang akan turun untuk penuhi roster di MDL. Itu apa yang terjadi pada Leomurphy di awal musim. 

Kini, Leomurphy akan kembali ke dalam roster Alter Ego & Rasy akan diturunkan ke MDL. Kemasukan Leomurphy ini mungkin akan beri sinar baru untuk Alter Ego melonjakkan lagi mata mereka. Alter Ego kini berada di kedudukan ke-6. 

Sumber: Alter Ego Esports
Sumber: Alter Ego Esports

Buat masa sekarang, prestasi yang ditunjukkan oleh Alter Ego tidak berapa baik. Mereka perlukan peningkatan terutamanya dari segi kedudukan. Untuk pastikan mereka boleh dapatkan tempat di playoffs, Alter Ego perlu berada di kedudukan 6 terbaik.

Pasukan yang mendahului kedudukan buat masa kini adalah Onic Esports, RRQ Hoshi & Aura Fire. Mereka masih lagi mengekalkan konsistensi dari Minggu Pertama sehingga Minggu Keempat. Mencatatkan match rate yang sama iaitu 71%, boleh dikatakan 3 pasukan ini hampir pasti akan mengamankan slot di peringkat playoffs. 

Sumber: MPL Indonesia

Leomurphy seorang Tank yang memiliki bakat yang besar & keras. Adakah kemasukan Leomurphy dapat membantu Alter Ego mendapatkan semula momentum mereka dalam permainan? 

Untuk Minggu Kelima (19 Mac), Alter Ego akan berjumpa dengan pasukan Geek Fam yang kini menjadi pasukan paling corot di MPL Indonesia S9. Geek Fam telah merekodkan 1 kemenangan 14 kekalahan sepanjang 4 minggu regular season berlangsung.

Dapatkah Alter Ego mengambil kesempatan ini untuk dapatkan mata ketika menentang pasukan Geek Fam? Mereka juga akan berjumpa dengan Rebellion Genflix pada Ahad (20 Mac).

Sumber: MPL Indonesia
Sumber: MPL Indonesia

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *