MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags:

EVOS MY akan hentikan operasi kerana peraturan francais Tencent

atq_hyprgame
Kongsi

EVOS MY mungkin tidak lagi wujud kerana peraturan Tencent sendiri!

Menurut sumber Hyprgame, pejabat EVOS MY akan ditutup menjelang Jun yang akan datang. Sumber itu memberitahu bahawa keputusan itu adalah disebabkan peraturan multi-franchise yang dikemukakan oleh Tencent.

Sumber: Tencent

Berdasarkan buku peraturan Tencent, EVOS MY perlu menutup satu pasaran untuk meneruskan operasinya. Dengan kes ini, pertubuhan itu memutuskan untuk menutup kehadirannya di Malaysia.

Pada masa ini, organisasi e-sukan itu masih meluaskan kuasa mereka dalam memegang pasukan di beberapa negara Asia Tenggara. Negara Asia Tenggara tersebut termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina & Singapura. Dengan berita tentang operasi EVOS MY akan diberhentikan, ia juga mungkin akan meletakkan pasukan PUBG Mobile EVOS MY iaitu EVOS VIP Squad dalam bahaya.

Sumber: PUBG Mobile Esports Malaysia
Sumber: EVOS VIP Squad

Seperti yang kita tahu, EVOS SG pernah digabungkan dalam arena MYSG untuk MPL. Dan, pasukan Singapura MPL bagi EVOS SG banyak mencipta sejarah dalam arena itu. Di MPL MYSG S1 & S2, EVOS SG berjaya meletakkan kedudukan mereka di tempat kedua. Pencapaian terbesar mereka adalah apabila EVOS SG berjaya menjadi juara MPL MYSG S4.

Selain daripada memiliki pasukan MPL di Singapura, EVOS juga memiliki pasukan PUBG Mobile di Malaysia yang terkenal. Pasukan itu juga banyak memberi impak besar dalam PMPL MYSG. Untuk PUBG Mobile, pasukan itu bernaung di bawah Malaysia. Setakat ini, tiada pasukan PUBG Mobile EVOS di Singapura.

Buat masa kini, organisasi e-sukan itu masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung tentang isu ini. Namun, mengikuti sumber Hyprgame sendiri, organisasi e-sukan itu dijangka akan berhenti beroperasi di Malaysia menjelang Jun ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *