MEMUAT

Taip untuk mencari

MLBB: Hero Mage baru, Xavier rasmi akan dilancarkan pada 22 Mac ini!

atq_hyprgame
Kongsi

Kemasukan hero Mage baru ini sudah diperkatakan sejak dari awal tahun lagi. Rata-rata daripada komuniti MLBB terutamanya di Reddit menyatakan bahawa Xavier, The Defier of Light akan dilancarkan selepas pengeluaran hero Marksman, Melissa.

Dan, khabar angin itu tepat! Xavier memang akan dilancarkan selepas Melissa. Seperti yang kita tahu, MOONTON sering kali akan membawa masuk hero baru dengan skill & attribut yang baru atau kombo. Xavier juga dikatakan memiliki komposisi yang sama! 

Hero Mage ini dikatakan mempunyai attribut yang unik & kuasa magik yang kuat. Mengikut video di Youtube Oura Gaming, rata-rata di ruangan komen menyatakan bahawa Xavier adalah kombo yang terhasil daripada hero seperti Estes, Layla, Vale, Lunox & Moskov.

Sumber: MOONTON

Apa yang ada pada skill Xavier, The Defier of Light? 

Penjelasan
Pasif — Transcendence Pasif Xavier mempunyai dua kesan. Yang pertama adalah Transcendence. Setiap kali Xavier menyerang musuh dengan kemahirannya, dia memperoleh stacks Energy Surge (sehingga 3 stacks) yang meningkatkan kemahiran seterusnya.

Dalam keadaan Transcendence, dia boleh gunakan Enhanced Skill; setiap kemahiran yang dipertingkatkan akan menangani lebih banyak kerosakan.

Dan, satu lagi ialah domain. Xavier dikelilingi oleh domain mistik & menggunakan stacks Paradox (sehingga 3 stacks) kepada semua musuh. Setiap stacks mengurangkan kelajuan pergerakan musuh sebanyak 33%; stacks maksimum akan melumpuhkan musuh.
Skill 1 — Infinite ExtensionXavier menembak Mystic Bullet yang memberikan Magic Damage kepada musuh yang berada di lane dia. Jarak Bullet disasarkan akan meningkat setiap kali ia mengenai musuh atau Mystic Barrier.
Skill 2 — Mystic FieldMystic Barrier seorang Xavier boleh melambatkan pergerakan musuh & mempercepatkan allies yang bersentuhan dengannya. Barrier akan berkembang & menjadi kawasan larangan untuk musuh apabila terkena Mystic Bullet (Slow Effect).
Ultimate — Dawning LightXavier menembak Mystic Bolt yang memberikan kerosakan kepada musuh di laluannya secara serentak & memasuki keadaan Transendensi. Ultimate ini akan beri kelebihan untuk Xavier mengawal keseluruhan peta sama seperti Moskov & Layla (laser). Selepas penggunaan skill ini, stack Xavier secara langsung akan penuh.

Untuk attribut & skill yang diberikan oleh MOONTON kepada hero Mage ini, buat masa kini, melihat dari tutorial yang diberikan oleh Oura Gaming, Xavier boleh dianggap sebagai hero Mage yang agak sakit. Untuk Xavier, keberadaan dia dalam mengisi role sebagai Midlaner, Gold Laner & Roamer sesuai kerana Xavier memiliki CC yang baik.

Damage yang ada pada Xavier tidaklah terlampau menyerlah. Tetapi disebabkan dia boleh beri kawalan yang baik kepada pihak musuh, dia boleh jadi hero Mage yang mampu membantu menyulitkan lagi pergerakan pihak lawan. Itu antara kelebihan Xavier lebih-lebih lagi apabila dia gunakan Skill 2.

Tarikh rasmi pelancaran hero baru ini adalah pada 22 Mac 2022 seperti mana yang MOONTON telah beritahu dalam permainan MOBA; Mobile Legends: Bang Bang.

Sumber: Oura Gaming

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *