MEMUAT

Taip untuk mencari

Kongsi

Sepanjang 4 minggu regular season berlangsung, kita boleh lihat pasukan sediakan pelbagai draft menarik untuk pastikan mereka mengunci kemenangan. Dengan pembawakan hero counter, hero yang boleh beri burst damage & bersesuaian dengan draft pihak lawan, itu adalah antara sebab kenapa ada hero yang selalu menjadi perhatian.

Melihat dari statistik yang diberikan oleh Liquipedia, terdapat 85 permainan yang telah dimainkan setakat Minggu 4 Regular Season. Kami di Hyprgame akan senaraikan 5 hero yang sering di pick di dalam draft.

Sumber: MPL Malaysia

5 hero yang sering di pick di dalam draft 

1. Beatrix 

Mungkin hero Marksman ini bukanlah hero yang mengejutkan untuk berada di kedudukan pertama dalam ‘5 hero yang sering di pick di dalam draft’. Beatrix merupakan hero Marksman yang pernah Hyprgame bincangkan sebelum ini. 

Dari 82 permainan yang telah berlangsung, Beatrix telah dipilih sebanyak 51 kali di dalam draft. Impak yang ada pada Marksman ini sangat besar. Pendapat peribadi, pemain mana yang pakai Beatrix, mereka memang boleh beri impak dalam permainan. 

Beatrix juga berjaya rekodkan 30 kemenangan 21 kekalahan. Dia merupakan satu-satunya Marksman yang melepasi 50 kali pemilihan dalam draft

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

2. Chou 

Chou adalah hero Fighter yang memang dijangka akan merekodkan pemilihan yang tinggi di MPL Malaysia S9. 45 kali dia dipilih memang beri impak besar dalam permainan. Boleh dikatakan Chou adalah hero comfort setiap pasukan.

Kalau dalam draft, Chou bukanlah hero utama yang mesti dikenakan ban kerana banyak sahaja hero lain yang boleh counter Chou. Jadi, dia hanya banyak terlihat dalam draft pick berbanding ban. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

3. Esmeralda

Juga tidak mengejutkan untuk melihat Esmeralda menduduki kedudukan ketiga dalam hero yang sering dipilih di dalam draft untuk MPL Malaysia S9. Hero Mage/Tank ini sangat berkebolehan tinggi. 

Dia boleh beri bencana buat pasukan lawan dengan penyerapan shield yang ada pada seorang Esmeralda. Kalau kita tengok Esmeralda dalam permainan, kebanyakan pasukan mengambil hero ini untuk beri kekacauan kepada hero pihak lawan. 

Esmeralda telah pun dipilih masuk ke dalam draft sebanyak 40 kali. Satu angka yang besar untuk seorang Mage/Tank. Dia juga catatkan win rate yang agak baik iaitu 40%. Memang Esmeralda berkebolehan tinggi sebab itu kita boleh lihat hero ini juga kerap kali juga di ban. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

4. Hayabusa

Hayabusa merupakan hero yang juga menjadi pilihan pasukan MPL Malaysia S9. Dengan merekodkan sebanyak 38 kali dia dipilih, hero Assassin ini berhasil kekalkan win rate 50% apabila dia menyamakan mata kekalahan & kemenangan iaitu sebanyak 19 kali.

Seperti biasa, Hayabusa sering kali dibawa masuk ke dalam draft sebagai seorang core. Tetapi, dia tidaklah mencatatkan ban yang tinggi. Hanya di ban sebanyak 17 kali sahaja.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

5. Paquito

Tidak hairan jika Paquito sering dipilih di dalam draft. Musim MPL sebelum-sebelum ini juga, Paquito sering menjadi pilihan untuk dilengkapkan di dalam draft. Dengan kelebihannya yang boleh bermain di EXP Lane, Gold Lane & sebagai core, Paquito memang selalu menjadi pilihan ‘first pick’. 

Dari 82 permainan dimainkan, Paquito telah pun dipilih sebanyak 37 kali dengan mencatatkan win rate 54.05% (20 kemenangan 17 kekalahan). Dia juga sering kali di ban di dalam draft lebih-lebih lagi apabila pasukan lawan membawa masuk Esmeralda. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *