MEMUAT

Taip untuk mencari

Talon Esport menandatangani Q sebagai sebagai pemain utama

Kongsi
Talon Esport menandatangani Q sebagai sebagai pemain utama

Selepas melepaskan dua orang pemain utama daripada barisan, kini Talon Esport menandatangani Worawit Mekchai “Q” ke dalam barisan bagi melengkapkan barisan pemain Dota2 mereka sebelum Jelajah kedua DPC bermula.

Talon Esports menjadi tajuk utama apabila mengumumkan bahawa mereka akan memasuki Dota 2 buat kali pertama untuk bermain di Litar Dota Pro pada tahun 2022. Usaha pertama itu, bagaimanapun, berakhir dengan prestasi biasa-biasa saja dalam liga serantau Bahagian II Asia Tenggara.

Q sebelum ini merupakan ahli anggota pasukan Motivate.Trust Gaming selama 2 tahun sebelum menerima peluang pertamanya untuk berada di senarai utama organisasi yang besar dan dapat peluang untuk menonjolkan lagi dirinya untuk menentang pasukan-pasukan elit yang lain.

Kini, pemain Thailand berusia 23 tahun itu akan meninggalkan skuadnya sebelum ini untuk menyertai barisan baharu Talon sebagai pemain support padu mereka, yang membuatkan dia akan beralih daripada pemain pos 4 ke pos 5. Perkara ini juga meletakkan beliau sebagai pengganti buat ketua pasukan Talon iaitu FLY yang merupakan pemain handalan di dalam Dota2. Terdahulu, Talon telah mengumumkan pelepasan kedua pemain utama mereka iaitu FLY dan Gabbi pada penghujung Winter Tour.

Barisan pemain Talon Esport :

  • Q – Worawit Mekchai
  • Mikoto – Rafli Fathur
  • Kpii – Damien Chok
  • Hyde – Brizio Adi Putra Budiana

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya