MEMUAT

Taip untuk mencari

Mixwell kini aktif semula bersama pasukan G2

Kongsi
Mixwell kini aktif semula bersama pasukan G2

Oscar Caellas “Mixwell” telah kembali aktif ke dalam barisan pemain VALORANT pasukan G2 berikutan ketidakhadirannya selama 30 hari sebelum ini.

Pemain pro Sepanyol itu akan mengambil alih pemain Perancis Wassim “keloqz” Cista, yang menggantikannya di kedudukan pertama pada Januari lalu. Perubahan senarai itu mengejutkan  peminat kerana G2 memenangi 10 daripada 11 perlawanan yang mereka mainkan dengan adanya keloqz di dalam pasukan semasa di VCT Eropah, mengalahkan pasukan seperti Alliance, TENSTAR, Excel dan SuperMassive Blaze. 

Berikutan kekalahan menentang pasukan Vitality dan Alliance di kejohanan VCT Europe: Peringkat Satu kelayakan tertutup pada awal Januari lalu,telah membuat Mixwell ditarik balik daripada ke dalam barisan menggantikan Keloqz. Memandangkan dia menyatakan bahawa dia terbuka kepada sebarang tawaran selepas dia diletakkan di bangku simpanan, menampakkan bahawa beliau tidak bersama pasukan G2. Beliau telah bersama G2 sejak Jun 2020, apabila organisasi itu memasuki scene VALORANT, dan merupakan ahli tunggal senarai awal yang dibuat oleh G2 Esport.

Memandangkan pemain Sepanyol itu kembali dalam senarai aktif G2, peminat perlu menunggu dan menonton jika dia membawa semula role duelist “Jett” dan memberi tumpuan kepada persembahannya sendiri. Mixwell akan membuat kemunculanya semula menentang pasukan BBL Esports dalam kejohanan VCT EMEA Challengers Stage One pada hari Sabtu ini, 26 Feb.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *