MEMUAT

Taip untuk mencari

PMPL MYSGPH S5: RanGer sertai line up RSG Malaysia di PMPL

atq_hyprgame
Kongsi

Juara PMPL MYSG S3, RSG MY telah mengumumkan line up rasmi mereka yang akan bertanding di PMPL MYSGPH S5. Barisan pemain mereka kini dilengkapi oleh 6 orang pemain di mana salah satunya adalah pemain CODM bagi RSG MY. 

Abdul “RanGer” Hakiem merupakan kapten bagi pasukan CODM RSG MY yang pernah bersama dengan pasukan itu menjuarai beberapa kejohanan besar seperti MYSG Championship 2021 & ESL Malaysia Championship 2020.

Dari CODM, kini, RanGer rasmi beralih ke PUBG Mobile & masih berkhidmat dalam organisasi e-sukan yang sama cuma bertukar bidang e-sukan. RanGer akan memegang role sebagai fragger pasukan tersebut bersama dengan 3 orang pemain; Rex, Luk & Brian. 

Sumber: RanGer Gaming
Sumber: RSG Malaysia

Sebelum ini, RanGer & Luk ada sertai divisi PUBG Mobile RSG MY di SEACA Major Public sebagai stand ins pasukan tersebut. Kini, mereka rasmi akan memperkuatkan roster RSG MY di PMPL MYSGPH S5. 

Peralihan RanGer ke scene kompetitif PUBG Mobile tidak begitu mengejutkan kerana beliau ada menyatakan bahawa tahun lalu merupakan kali terakhir beliau sertai kompetitif CODM sebelum meninggalkannya (bersara).

Barisan RSG MY di PMPL MYSGPH S5 terdiri daripada:

  • Chillrex — Jurulatih
  • Kim — Supports
  • Luk — Fragger
  • RanGer — Fragger
  • Rex — Fragger
  • Brian — Fragger
  • Smallboy — IGL
Sumber: Twitter @FPSRanger
Sumber: RSG Malaysia

Roster yang dikemaskini oleh RSG MY pada musim ini memang unik. Kita dapat lihat ada tambahan pemain baru dalam roster mereka seperti Luk, RanGer & Drian. 3 lagi daripada mereka; Rex, Kim & Smallboy masih kekal dalam roster RSG MY.

Pasukan itu akan diperkuatkan oleh satu-satunya jurulatih mereka iaitu Chillrex. Beliau Bermula dengan RSG MY sejak dari tahun 2019 sebagai jurulatih & pernah juga bertindak sebagai pemain. Ini merupakan tahun keempat Chillrex bersama dengan RSG MY. 

Dengan roster yang telah dilengkapkan oleh RSG MY, dapatkah mereka sekali lagi membawa pulang kejuaraan di PMPL MYSGPH S5? 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *