MEMUAT

Taip untuk mencari

Apa kes? OG Brudders tak dapat layak VCT-1

Kongsi
Apa kes? OG Brudders tak dapat layak VCT-1

Pasukan OG Brudders telah diskualifikasi daripada kejohanan Valorant Challengers stage 1 selepas pasukan itu melanggar peraturan yang ditetapkan oleh RiotGames. Kejadian ini, sama seperti apa yang berlaku terhadap pasukan T1 sebelum ini.

Jurulatih pasukan OG Brudders telah berkomunikasi bersama pemainnya semasa perlawanan sedang dijalankan. Kejadian itu berlaku minggu lepas sewaktu Open Qualifier VCT Stage 1 MY/SG. Justeru, dengan bukti yang kukuh yang diterima oleh Riot Games, pasukan OG Brudders dikeluarkan secara serta merta dari melanjutkan perjalanan di Valorant Challengers MY/SG Stage 1 2022.

Peraturan yang telah ditetapkan oleh RiotGames, tidak membenarkan sebarang komunikasi antara pemain dan jurulatih semasa permainan sedang berlangsung, melainkan perlawanan itu dihentikan seketika atau berbincang selepas tamat pusingan yang pertama.

Pasukan OG Brudders diwakili oleh :

  • APR
  • DAYNOS
  • FLUFFYBUNS
  • LLLLLLLLLLLLLL
  • SHINSEI

Valorant Challengers mempunyai 16 pasukan yang merebut gelaran juara peringkat pertama. Hadiah wang terkumpul sebanyak $33,000 SGD akan diberikan kepada 4 pasukan teratas sahaja. 

Walau bagaimanapun, tiada sebarang informasi berkenaan pasukan OG Brudders akan bermain semula pada peringkat yang ke 2 atau telah dibanned secara sepenuhnya oleh pihak Riot Games. Kami akan memberikan maklumat yang lebih lanjut berkenaan ini.

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *