MEMUAT

Taip untuk mencari

Kontrak Ryzen dan BTR telah berakhir

Kongsi

Semalam, Bigetron Red Aliens telah membuat satu press conference bagi menjawab persoalan-persoalan yang tergantung selama ini. Topik yang menjadi perhatian adalah berkenaan Ryzen yang merupakan pemain handalan mereka yang dikatakan tidak akan bersama pasukan itu pada musim akan datang.

Pasukan Bigetron Red Aliens merupakan pasukan yang digeruni suatu ketika dahulu pada zaman kegemilanganya 2020. Pemain-pemain juga turut memberikan momentum dan prestasi yang cemerlang ketika itu. Tetapi pada tahun 2021, prestasi pasukan BTR RA sedikit merundum dan lebih malang lagi apabila mereka tidak mampu untuk melayakkan diri ke peringkat grand final PMGC 2021.

Sebagai pemain yang telah berjuang di dalam pasukan selama hampir 3 tahun, Ryzen nampaknya telah penat dengan adegan profesional yang telah beliau jalani selama ini tanpa berehat. Sebelum ini juga, terdapat beberapa hint yang telah diberikan olehnya dan juga bapanya di sosial media yang menunjukkan bahawa beliau seakan-akan tidak meneruskan lagi perjuangannya bersama BTR untuk musim hadapan.

Menurut pihak management Bigetron Esport iaitu Pattrick menjelaskan bahawa kontrak Muhammad Albi “Ryzen” sebagai pemain Bigetron Red Aliens telah tamat pada akhir tahun lepas. Justeru, pihak management telah memberikan tawaran kepada Ryzen untuk meneruskan perjuangannya di tahun 2022 ini. Bagaimanapun, perkara ini masih lagi dalam perhitungan Ryzen dan masih belum memberikan sebarang jawapan lagi.

Walau bagaimanapun, JangS selaku jurulatih pasukan Bigetron Red Aliens menyatakan bahawa tidak akan ada penambahan roster sekiranya Ryzen tidak meneruskan perjuangannya bersama skuadnya lagi. Dan semua perkara akan tergantung pada prestasi pasukannya itu sendiri, sebelum membuat apa-apa keputusan.

Terdapat juga ura-ura yang mengatakan Ryzen akan bersama bekas rakan sepasukannya iaitu Microboy di Evos. Kemanakah hala tuju Muhammad Albi a.k.a Ryzen selepas ini ?

Don’t forget to follow Hyprgame on  Twitter ,  Facebook  and  Instagram  for exciting news!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *