MEMUAT

Taip untuk mencari

Ribo umum mahu berehat dari kompetitif untuk MPL PH S9

atq_hyprgame
Kongsi

Nampaknya pada musim ini, Bren Esports dilihatkan bakal membuat perubahan besar dalam roster mereka selepas pemergian KarlTzy & pengumuman rehat yang dibuat oleh Ribo untuk MPL PH S9.

Bren Esports merupakan pasukan Mobile Legends: Bang Bang Filipina yang pernah mengangkat nama Filipina di pentas dunia apabila mereka menjuarai M2 Championship. Tetapi, performa mereka di MPL PH S8 kurang baik apabila mereka tidak berjaya untuk ke playoffs.

Sumber: Bren Esports

Pada bulan yang lalu, Bren Esports telah memuat naik satu posting mengatakan bahawa pemain Jungler terbaik Bren Esports, KarlTzy tidak lagi bersama dengan pasukan itu. Dan kini, KarlTzy sertai ECHO untuk melengkapkan roster mereka di MPL PH S9

Kejutan lagi berlaku apabila Ribo membuat pengumuman di Facebook beliau bahawa beliau akan berehat untuk satu musim dari scene kompetitif. 

“Berehat satu musim untuk MPL. Semoga berjaya.” — Ribo, Bren Esports

Sumber: Cj Ribo

Berumur 23 tahun, Ribo memegang posisi sebagai Support/Mage/Tank dalam Bren Esports. Pemain ini banyak mencipta nama di dalam scene kompetitif Mobile Legends. Beliau pernah bersama dengan roster Aether Main sebelum roster ini diambil alih oleh Bren Esports ketika di MPL PH S1 & menjadi juara pertama MPL pada ketika itu.

Pencapaian terbesar Ribo adalah ketika menjadi juara dunia MLBB ketika M2 Championship bersama dengan Bren Esports. Pemain itu menjadi salah satu pemain yang membawa kejuaraan untuk Filipina ketika berjaya tewaskan Burmese Ghouls dalam perlawanan sengit dengan 4-3.

Pencapaian Carlito Ribo Jr dalam scene kompetitif MLBB
2020
M2 World Championship Champion
MPL PH S6 Champion
MPL PH S5 3rd Place
2019
JustML Tournament Season 1 Champion
Mogul Silverslam Tournament Champion
Challenger Summit Singapore Champion 
The Nationals Conference 1 3rd Place
2018
MLCCP AT Mobile Esports Arena Champion
MPL PH Season 1 Champion
MSC Season 2 Champion
MESA Mobile Legends Tournament Champion
SEACA’s Mobile Legends Tournament by UniPin Champion
2017
Cyberzone Game Fest 2017 Champion

Melihat dari pemergian satu-satu pemain Bren Esports, organisasi e-sukan itu tentunya berdepan dengan rombakkan roster besar-besaran. Mereka harus bekerja keras lagi untuk memperkuat unit mereka di MPL PH S9. 

Sebelum ini, di MPL PH S8, Bren Esports juga tidak mempunyai performa yang baik. Mereka adalah pasukan yang telah pun membina satu penanda aras yang besar dalam scene kompetitif Mobile Legends di Filipina. Tetapi tidak pasti apa yang terjadi di MPL PH S8. 

Komuniti MLBB Filipina juga terkejut dengan ketidakmaraan Bren Esports ke playoffs MPL PH S8. Itu merupakan titik permulaan berakhirnya harapan mereka untuk kembali mewakili Filipina di pentas dunia. 

Sumber: Bren Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *