MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: , , ,

Akan datang PUBG Mobile Device Ban

Kongsi
Akan datang PUBG Mobile Device Ban

Akhirnya pihak PUBG Mobile dan BGMI telah mengambil langkah untuk mengatasi penggodam yang telah merosakkan kualiti permainan Battle Royale. Penggodam atau dikenali sebagai “Hackers” ini merupakan mimpi buruk bagi setiap pemain yang ingin bermain secara adil di dalam permainan.

Pihak pembangun telah membuat sistem anti-cheat baharu, yang mana sistem itu boleh melakukan sekatan device sekiranya pemilik device terbabit didapati menggodam permainan mereka. Sistem baharu ini, tidak membenarkan device terbabit untuk mengakses permainan itu lagi.

Dengan adanya sistem baharu ini, pihak pembangun dapat mengurangkan penggodam di dalam permainan, sekatan device membuatkan penggodam harus menggunakan device yang berlainan sekiranya mereka ingin melakukan perkara yang sama. Tetapi perkara itu lebih mudah, kerana tidak semua ingin membazirkan wang ringgit untuk membeli device baharu berkali-kali.

Credit : YT Inzz Gamer

Sebelum ini, BGMI (Battleground Mobile India) dikenali sebagai permainan battle royale yang dipenuhi dengan Hackers. Perkara itu, membuatkan pemain profesional di negara itu berang selepas mereka tidak dapat merasai keseronokkan bermain. 

Walau bagaimanapun, sistem ini akan dilancarkan tidak lama lagi. Pihak PUBG Mobile dan BGMI akan melakukan sistem anti-cheat ini secepat yang mungkin, dan mungkin akan terjadinya “wave banned” terhadap akaun-akaun pemain.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *