MEMUAT

Taip untuk mencari

PUBG PC percuma pada bermula Januari 2022

Kongsi
PUBG PC percuma pada bermula Januari 2022

PUBG: Battlegrounds telah menjana lebih daripada 75 juta jualan sejak debutnya pada 2017. Dan kini ia akhirnya akan menjadi permainan percuma untuk dimainkan oleh orang ramai.

Krafton mengumumkan di The Game Awards bahawa permainan itu akan menjadi F2P (Free 2 Play) pada 12 Januari di platform konsol dan juga PC, menandakan permulaan era baharu untuk permainan battle royale yang pernah popular itu.

Apabila PUBG: Battlegrounds beralih kepada percuma, ia akan memperkenalkan Battlegrounds Plus, peningkatan akaun premium yang membolehkan pemain mengakses pelbagai ciri dalam permainan baharu dan eksklusif.

Dave Curd yang juga merupakan pengarah permainan tersebut mengatakan dalam temu bual dengan GamesBeat. “Pasukannya telah memberikan pengalaman pertama yang menakjubkan untuk pemain. Kami mempunyai sesuatu yang kami yang telah dimulakan ia dipanggil tactical gear, yang membolehkan pengguna baharu memberi impak di dalam skuad mereka.”

Sebagai contoh, anda mungkin melakukan sesuatu untuk membantu meninjau atau memulihkan pasukan anda, dan itu membuatkan anda berasa seperti anda menyumbang dan bukan hanya di carried, katanya.

Kawasan latihan sedang disegarkan dengan tutorial baharu. Walaupun semua pemain akan bermula dengan akaun asas yang menawarkan akses kepada kebanyakan ciri permainan, mereka boleh menaik taraf kepada Battlegrounds Plus dengan bayaran sekali sebanyak $13 dan mendapat akses kepada perkara baharu.

Sepanjang beberapa minggu akan datang, pemain boleh melawati laman web pra pendaftaran untuk mencari pelbagai aktiviti bagi meraikan peralihan PUBG: Battlegrounds kepada Free to Play. Pemain akan dapat membuat pra pendaftaran untuk bermain versi F2P permainan dan boleh menikmati pengalaman baharu yang dibawakan oleh pihak developement.

Credit to : venturebeat.com

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *