MEMUAT

Taip untuk mencari

GeekFam sign Eric Khor bekas direktor Fnatic

Kongsi
GeekFam sign Eric Khor bekas direktor Fnatic

Eric Khor bekas pengurus dan juga pengarah organisasi Fnatic SEA telah ditandatangani oleh organisasi Geek Fam untuk menjadi New Head of Esport mereka. Perkara ini telah diumumkan oleh Geek Fam sendiri di Facebook yang menyambut kehadiran Eric Khor menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

Eric Khor telah mengundurkan diri daripada organisasi terbesar Asia itu pada 30 November 2021 setelah berkhidmat selama 6 tahun bersama Fnatic.

Credit : FB Geek Fam Dota 2

Beliau telah menjayakan pasukan Dota 2 Fnatic dan membuatkan pasukan itu merupakan pasukan terkuat di Asia Tenggara. Walaupun banyak dugaan yang dihadapinya, Eric Khor akhirnya berjaya membawa pasukan itu ke pentas dunia berturut-turut.

Kehadiran Eric Khor ke Geek Fam, mungkin boleh membangkitkan semula komuniti Dota2 Asia dan membawa nama organisasi Malaysia ke pentas dunia dalam esukan Dota 2. Geek Fam sebelum ini, aktif di dalam scene Dota 2 semasa 2016 and memperolehi pencapaian yang memuaskan sehingga tahun 2020. Ketika itu Geek Fam dianggotai oleh Raven, Karl, Kuku, Xepher dan Whitemon yang menjadi salah satu pasukan terbaik di Asia Tenggara.

Walau bagaimanapun, pasukan Geek Fam telah melepaskan barisan pemain mereka pada bulan September 2020, selepas mereka gagal untuk meneruskan musim DPC ketika itu disebabkan pandemik covid-19. Akhirnya barisan pemain mereka telah ditangani oleh T1 Esport.

Dengan adanya Eric Khor sebagai Ketua Esport mereka, kemungkinan Geek Fam akan memberi tumpuannya semula terhadap permainan Dota 2. Selama ini mereka hanya memberi tumpuan terhadap permainan mudah alih seperti PUBG Mobile, Mobile Legends, Wild Rift dan Free Fire Malaysia dan Indonesia.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya