MEMUAT

Taip untuk mencari

David de Gea melancarkan organisasi beliau Rebels Gaming

Kongsi
David de Gea melancarkan organisasi beliau Rebels Gaming

Penjaga gawang Manchester United David De Gea telah memasuki industri e-sukan dengan melancarkan organisasi e-sukan pertama beliau yang bernama Rebels Gaming. Beliau akan memberi tumpuan terhadap permainan League of Legends, Valorant dan Rainbow Siege buat masa sekarang.

Bukan sahaja mempunyai barisan pemain dalam beberapa platform e-sukan, malah Rebels Gaming juga mempunyai content creators dan streamer mereka sendiri. Organisasi itu juga menyediakan kemudahan latihan sendiri yang terletak di Valdebebas, Madrid.

De Gea bercakap mengenai penciptaan organisasi yang bertajuk “Pelancaran Rebels Gaming dalam sukan adalah satu lagi impian yang menjadi kenyataan.

Credit : Rebels Gaming

“Ia adalah projek yang bertujuan untuk memupuk kepada generasi baharu orang muda nilai-nilai utama yang telah menemani saya sejak permulaan saya dalam bola sepak profesional, dalam rangka kerja inovasi dan pembangunan teknologi yang tiada tandingannya.”

Butiran mengenai kakitangan yang menyertai Rebels Gaming tidak didedahkan tetapi kenyataan itu mengesahkan bahawa ‘pasukan profesional esport yang hebat’ akan mengusahakan projek itu dalam pelbagai jabatan.

Penjaga gol Manchester United ialah pemain bola sepak terbaru yang memasuki industri, mengikuti rakan sepasukan Jesse Lingard dan bekas penyerang Manchester City Sergio Agüero dalam mewujudkan sebuah organisasi e-sukan.

“Kami mahu meningkatkan motivasi, kepimpinan, daya tahan, pengurusan situasi kejayaan, kekalahan, dan lebih-lebih lagi, kerja berpasukan,” tambah de Gea.

Ini ibarat trend pemain bola sepak yang memasuki dunia esport, dan ia semakin berpengaruh semenjak David de Gea telah memulakan organisasi e-sukannya sendiri. Berkemungkinan ini akan menarik perhatian bakal rakan kongsi dan penaja untuk menyertai projek berkenaan dalam beberapa bulan akan datang.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *