MEMUAT

Taip untuk mencari

Kumpulan PMGC West dan East 2021.

Kongsi
Kumpulan PMGC West dan East 2021.

Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2021, acara esport PUBG Mobile terbesar di dunia, akan bermula pada 30 November.

Disebabkan oleh wabak COVID-19, peringkat pertama acara telah dibahagikan kepada dua wilayah: Timur dan Barat, untuk membolehkan permainan dalam talian. Keseluruhan kumpulan hadiah acara ini berjumlah enam juta USD.

FORMAT PMGC EAST

20 pasukan terbaik hemisfera timur (Asia Selatan/MENA/China/SEA/ Korea dan Jepun) akan bersaing dalam peringkat liga selama empat minggu

Liga PMGC 2021 akan diadakan pada 30 November sehingga 19 December 2021. Seperti biasa format liga weekly pada hari Isnin-Jumaat manakala Super Weekend pada hari sabtu dan juga ahad.

Sebanyak 20 pasukan telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan mereka akan bermain di hari biasa isnin-jumaat dan hanya 16 pasukan teratas di dalam carta mingguan yang layak untuk bermain di Super Weekend pada hari sabtu dan ahad.

PMGC LIGA FINAL

Hanya 16 pasukan sahaja yang layak untuk bertanding di Liga Final PMGC 2021. Manakala 9 buah pasukan yang teratas pula akan diambil untuk merebut gelaran juara dunia Pubg Mobile 2021. 

PMGC GRANDFINAL

Hanya 18 buah pasukan yang akan bertanding untuk merebut gelaran juara PMGC 2021. 9 buah pasukan yang teratas akan diambil dari Liga Final WEST dan Liga Final EAST. Grand Final ini akan dilangsungkan pada tahun hadapan, dari 21 januari hingga 23 januari.

Bagi kumpulan PMGC EAST pula masih terdapat dua pasukan yang tidak diumumkan lagi. Kedua-dua pasukan itu merupakan wakil daripada China yang masih bermain di dalam kejohanan PEL musim ke 4, keputusan itu akan ditentukan sehari sebelum PMGC Liga 2021 bermula.

Terdapat dua pasukan daripada Malaysia, pasukan Secret berada di kumpulan E bersama pasukan DRS Gaming, GDIS dan Faze Clan. Manakala pasukan 4 Rivals di kumpulan B bersama pasukan Infinity, Ms Chonbori dan pasukan PEL.

Kita dapat lihat pasukan yang berpotensi di bahagian West adalah pasukan Alpha7 yang berada di kumpulan C bersama Black Dragons, Madbulls dan Unicorn of love.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *